Sunday, May 1, 2011

Rakyat Israel Zionis pun turun ke jalan raya tuntut kenaikkan gaji

HHRS 2.0 - Ribuan doktor dan mahasiswa perubatan rejim Zionis Israel turun ke jalan raya membuat protes terbesar di depan Knesset dalam perjuangan mereka untuk menuntut kenaikan gaji dan penjagaan kesihatan yang lebih baik, laporan mengatakan.

Sekitar 3,000 doktor mogok pada hari Rabu (27 / 4) dan turun ke jalan-jalan di depan bangunan parlimen Zionis di tengah pembicaraan antara Persatuan Doktor Israel dan Jabatan Kewangan.

Perundingan pada hari Selasa berakhir tanpa kesepakatan setelah doktor menolak kenaikan gaji 20 peratus. Mereka berkata keputusan itu hanya satu peratus lebih tinggi dari tawaran sebelumnya, Ynetnews melaporkan.

"Kita bercakap di sini tentang kehidupan manusia, tentang kehidupan bayi, perempuan, warga kota dan orang sakit. Kita berbicara tentang krisis magang di rumah sakit. Masyarakat Israel tidak menerima rawatan kesihatan yang baik, tidak menerima rawatan kesihatan sama sekali," kata ketua persatuan doktor (Clalit), Israel Elayag.

Sementara itu, pemimpin pembangkang, Tzipi Livni menuduh kerajaan gagal untuk menyokong para manula dan orang sakit. Dalam rujukan secara langsung untuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Livni mengatakan bahawa ia harus menyingsingkan lengan baju dan terlibat dalam rundingan.

"Saya telah mengunjungi rumah sakit dalam beberapa bulan terakhir. Saya melihat anak-anak tidur di lorong dan doktor dengan lelah bergegas dari satu ruang ke ruang lain," tambahnya.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template