Sunday, May 8, 2011

Pesanan terakhir Osama Laden

HHRS 2.0 - Sebelum laporan berita menghebahkan kematian Osama akibat tangan kejam Amerika, ternyata Osama Bin Laden telah menuliskan pesanan  terakhirnya atau wasiat pada anak-anaknya. Wasiat tersebut dibuat dalam jangka masa 3 hari selepas serangan pada 11 September 2001 di AS. Berikut petikan wasiat yang dituliskan oleh pemimpin organisasi Al-Qaeda tersebut.

"Kamu, anak-anakku, maafkanlah aku kerana waktuku yang lebih besar harus ku korbankan demi Jihad," demikian salah satu petikan kenyataan Osama dalam surat wasiat setebal 4 halaman yang diterbitkan oleh sebuah akhbar harian Kuwait. Tidak dijelaskan secara pasti keaslian dan bagaimana surat wasiat ini boleh akhirnya diterbitkan.
Adakah Al-Qaeda dan Osama benar-benar wujud? surat wasiat yang didedahkan seperti mahu
menunjukkan kepada dunia Al-Qaeda bertanggungjawab terhadap serang 9/11 

Osama mewarisi kekayaan ayahnya, pengusaha pembinaan di Arab Saudi, bernilai 27,6 juta dollar AS. Dalam surat wasiatnya itu, Osama juga meminta anak-anaknya untuk tidak menyertai dengan al-Qaeda dan memerintahkan 4 isterinya agar tidak berkahwin lagi.

Surat wasiat bertarikh 14 Disember 2001 itu ditandatangani dengan tulisan: "Saudaramu Abu Abdullah Osama Muhammad Bin Laden".

Pada masa itu, pihak perisikan AS tengah berupaya mengesan pelbagai pemancar radio komunikasi bin Laden dari Tora Bora, sebuah kompleks di sempadan antara Afghanistan dan Pakistan yang dijadikannya sebagai lokasi persembunyian dari kempen pengeboman AS.

Osama meminta para isterinya untuk tidak berkahwin lagi dan memfokuskan diri untuk mengasuh anak-anak mereka. "Jangan berfikir untuk berkahwin lagi dan curahkanlah waktu kamu untuk anak-anak dan arahkanlah mereka ke jalan yang benar," tulis Obama dalam surat wasiatnya.

Harian The Washington Post melaporkan pada 2002 bahawa salinan surat wasiat itu telah beredar di kawasan Arab. Kenyataan yang dikeluarkan al-Qaeda menyebutkan surat ini palsu. Namun, kalangan perisikan Barat menindaklanjuti dengan serius surat wasiat ini.

La Vanguardia, sebuah akhbar harian Sepanyol, melaporkan bin Laden pernah mengutarakan keyakinannya akan dikhianati oleh kalangan orang dalamnya sendiri.(kompas)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template