Sunday, May 8, 2011

Amerika bantu Al-Qaeda! - Penyiasat Iraq


HHRS 2.0 - Amerika Syarikat menjadikan "perang melawan keganasan" sebagai asas untuk menyerang Iraq dan Afghanistan, tapi ternyata Amerika mempunyai kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda. 

Sebuah jawatankuasa penyiasatan Iraq mengesahkan bahawa pasukan Amerika Syarikat terlibat dalam pelarian puluhan orang ahli rangkaian al-Qaeda dari sebuah penjara di Kota Basra di selatan.

Sebelum tragedi 9/11, penduduk Afghanistan tidak pernah dengar kewujudan Al-Qaeda. Cuma yang ada Taliban sahaja.


Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh parlimen Iraq tersebut mendapati bahawa pasukan AS berada di balik sebuah operasi untuk membantu pembebasan 12 orang anggota al-Qaeda dari penjara. Pembebasan itu sendiri dilakukan sejumlah warga Iraq awal tahun ini.

Para pengganas tersebut melakukan sejumlah aksi keganasan di Iraq, termasuk sebuah pengeboman mematikan di sebuah pasar di Basra pada 2010.

Awal bulan Mei, muncul sebuah rakaman video amatur yang memperlihatkan pasukan AS mempergunakan kekerasan dan peluru tajam terhadap para tahanan di Camp Bucca, sebuah penjara AS yang terletak di negeri 1001 malam tersebut.

Seorang anggota keselamatan tempatan mengatakan bahawa sebahagian tahanan yang melarikan diri disyaki sebagai anggota al-Qaeda.

Larinya tahanan dari penjara kerap berlaku di Iraq, pertengahan Januari lalu, 12 orang tersangka anggota al-Qaeda melarikan diri dari penjara di Basra. Sekurang-kurangnya dua orang berjaya ditangkap kembali.

September 2010, empat orang tahanan yang mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda meloloskan diri dari penjara dengan kawalan ketat maksimum yang dikendalikan AS di Baghdad.

Seperti diwartakan CBS News, pelarian diri dari Penjara Karkh, yang dulu bernama Camp Cropper, tersebut memalukan tentera AS yang menyerahkan kawalan semua penjara kepada kerajaan Iraq. Namun, AS tetap mengendalikan sejumlah penjara yang dianggap paling berbahaya, termasuk yang dihuni para mantan anggota rejim Saddam Hussein.

Seorang juru bicara tentera Iraq, Mejar Jeneral Qassim al-Moussawi, mengatakan kepada kantor berita Associated Press bahawa Amerika memberitahu lolosnya empat orang tahanan tersebut kepada Iraq.

Menurutnya, keempat orang tersebut punya keterkaitan dengan al-Qaeda dan mendapatkan vonis mati.

Pada September 2009, 16 orang anggota al-Qaeda meloloskan diri dari penjara di Tikrit. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template