Tuesday, May 17, 2011

Pengumuman gempar untuk rakyat!





MUHYIDDIN Yassin bersama Ismail Sabri Yaakob dan Tan Lian Hoe pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga di Putrajaya, semalam.


Subsidi meningkat sekali ganda - TPM


PUTRAJAYA 16 Mei - Kerajaan menjangkakan jumlah subsidi tahun ini akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah itu kira-kira RM18 bilion adalah untuk sektor berkaitan petroleum berbanding tahun lalu hanya sekitar RM8 bilion.
"Dengan sebab kenaikan harga minyak dunia semasa, kita (kerajaan) tanggung subsidi yang lebih besar dan tahun ini ia meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu.
"Untuk produk petroleum sahaja yang membabitkan petrol, diesel dan gas masak LPG, subsidinya adalah RM18 bilion," katanya. melayauuuuuu

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template