Friday, May 27, 2011

Pencacai-pencacai yang tamak harta dunia, SILA BACA!


HHRS 2.0 - Sheikh Sulaiman bin Abdil 'Aziz ar-Rajihi telah memutuskan untuk menjalani sisa hidupnya dengan bekalan makanan pokok yang cukup untuk hari itu saja, di mana saat ini beliau tidak lagi memiliki harta peribadi sedikit pun. Semuanya telah beliau hibahkan menjadi dua bahagian, bahagian pertama beliau waqafkan untuk membina universiti yang meliputi fakulti perubatan dan keperawatan, boarding school dan rumah sakit social, serta tiga masjid jami di Hail, Makkah, dan Madinah sebanyak masjid jami 'ar-Rajihi di Riyadh.

Beliau juga mensyaratkan untuk menggunakan hartanya hanya untuk keperluan dirinya semasa hidupnya saja, sedangkan setelah sepeninggalnya nanti, maka syarat tersebut berakhir, dan semuanya dianggap oleh beliau termasuk sebahagian daripada waqaf tersebut.

Adapun bahagian (geran) yang ke-2 beliau wariskan untuk anak-anak dan isteri-isterinya seluruh hartanya yang tinggal. Beliau membahaginya berupa portfolio dengan nilai yang sama kepada anak-anaknya, sambil menjelaskan bahawa beliau memilih dengan cara diundi dalam pembahagian harta tersebut kepada anak-anaknya, meskipun harta yang dibahagikan nilainya sama, sehingga tidak terjadi kenaikan harga tanah selepas dibahagikan yang dapat membuat salah seorang di antara mereka merasa terzalim. Beliau juga menjelaskan bahawa beliau lah yang akan mengurus harta anak-anak-anaknya yang masih kecil hingga mereka dewasa.

Sheikh menjelaskan dipertemuan terbuka yang diadakan di ruangan syarikat di Riyadh bersama Sheikh Sulaiman bahawa maksud beliau membahagikan harta waris tersebut agar setiap ahli daripada semua ahli keluarga yang ada dapat menikmati hak mereka masing-masing.

Sheikh ar-Rajihi menerangkan bahawa beliau mengambil pendapat anak-anak dan isteri-isteri beliau dalam setiap projek yang telah beliau waqafkan untuk Allah sambil menunjukkan bahawa lokasi-lokasi wakaf bukan hanya untuk masjid-masjid dan institusi tahfizh, tetapi juga merangkumi semua perkhidmatan yang butuh dibangunkan seperti kemudahan-kemudahan stesen-stesen atau terminal-terminal jalan.

Beliau menambah bahawa waqaf tersebut juga meliputi pembangunan Universiti Amal dan Lembaga pengajaran management kewangan dan sebuah rumah sakit amal serta perkhidmatan-perkhidmatan lain yang ada pada Universiti perubatan dan keperawatan dan sebuah rumah sakit yang merupakan sekutu dari Universiti Amal Sulaiman ar-Rajihi. Beliau menjelaskan juga bahawa akan datang akan menyiapkan pembangunan fakulti ekonomi dan Pusat Ekonomi ar-Rajihi.

Sheikh Sulaiman ar-Rajihi dalam ceramahnya menyampaikan bahawa ada di antara projek-projek waqaf adalah pembangunan masjid-masjid jamek dengan saiz yang sama dan aktiviti-aktiviti Masjid ar-Rajihi di Riyadh, begitu juga masjid di Hail, Makkah, Madinah dan yang lain. Beliau juga mendedahkan cita-citanya supaya masjid-masjid tersebut kelak dapat berupah menjadi Universiti-Universiti. (diterjemah dari alsofwah)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template