Tuesday, May 10, 2011

Pakatan mampu angkat maruah seni Malaysia - Pak Jabit, pemilik warung dalam Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.


Saya percaya dunia seni kita akan diangkat ke tahap yang lebih tinggi seandainya Pakatan Rakyat memerintah- Pak Jabit
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mampu mengangkat martabat dan maruah seni sekiranya diberi peluang mentadbir negara ini, kata pelakon Abdul Kadir Abdul Manaf atau lebih dikenali dengan panggilan Man Kadir.
Man Kadir adalah ‘Pak Jabit, pemilik warung dalam filem Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Dalam kedua-dua filem komedi itu, beliau memegang watak orang tua kampung yang suka membolot mikrofon apabila menjadi pengacara majlis.
“Saya percaya dunia seni kita akan diangkat ke tahap yang lebih tinggi seandainya Pakatan Rakyat memerintah. Sebagai contoh sekarang ini, kalau kita hendak tulis karya tentang sesuatu perkara yang rakyat berminat untuk tahu, adakah kita bebas berbuat demikian? Tidak.

Telatah Pak Jabit (kanan) sentiasa membuatkan penonton tidak kering gusi
“Umpamanya kita nak buat cerita tentang pembunuhan Altantuya, tentunya tidak dibenarkan. Amerika boleh. Kematian Presiden Kennedy ada dibuat filem.
“Seperti di India mereka boleh bikin yang menggambarkan bagaimana Ghandi ditembak dan juga cerita tentang rasuah polis. Tetapi di Malaysia kita tidak boleh berbuat demikian,” katanya.
Man Kadir berkata demikian dalam satu temubual dengan Akhbar rasmi Parti KEADILAN Rakyat, Suara Keadilan edisi 15 yang boleh diperolehi di pasaran bermula  hari ini.
Dalam temubual tersebut, Man Kadir yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Temerloh dan Setiausa Kerja Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, turut menceritakan penglibatannya dalam bidang seni dan mengapa beliau memilih KEADILAN sebagai platform politik.
Menurut Man Kadir, penglibatannya dalam bidang politik tidak sesekali menghalang beliau dari terus berjuang dalam dunia seni, meskipun rezekinya sebagai artis disekat.
“Saya tetap tidak akan keluar dari dunia artis. Ini adalah hobi saya, dunia saya, dunia cari makan saya.Kalau saya kena gam, saya akan tulis skrip drama.Kalau kena gam dari televisyen saya akan menulis drama pentas.
“Saya berfikir secara mudah. Rezeki bukan datang dari Rais yatim, bukan datang daripada Najib. Bukan datang daripada Anwar Ibrahim dan bukan juga datang  daripada Nik Aziz. Rezeki kita datang daripada Tuhan,” katanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template