Monday, May 2, 2011

Osama Bin Laden: Gambar tampal

HHRS 2.0 - Wajah Osama bin Laden yang tewas berlumuran darah tersiar luas di internet dan diterbitkan oleh Agence France-Presse. Televisyen Pakistan menyebutkan, foto tersebut belum disahkan secara rasmi kebenarannya.

Agence France-Presse (AFP) menyebutkan, kombinasi gambar jelas menunjukkan bahawa janggut dan bahagian bawah gambar paling mungkin merupakan pengklonan dan ditampalkan pada gambar tubuh yang bukan milik Bin Laden. Kesimpulan sementara, kemungkinan besar foto Bin Laden yang tewas (kiri) adalah palsu. Bandingkan dengan foto Bin Laden (kanan) semasa hidup yang bahagian janggut dan bibirnya sangat sama.
Bin Laden tewas dalam operasi perisikan di pinggiran bandar Abbottabad, 50 km (30 batu) di barat laut ibu kota Pakistan, Islamabad, Isnin (2/5/2011). Kematian Bin Laden rasmi diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam sebuah pidato yang dilukiskan dramatik.

Berkaitan operasi ketenteraan yang menewaskan Bin Laden itu, sumber tentera AS mendedahkan, Bin Laden terkejut oleh serangan pasukan kecil Navy SEAL yang mendarat di halaman kompleks tempat ia bersembunyi. Dikatakan, Bin Laden sempat ditawarkan untuk menyerah, tetapi ia menolak dan kemudian terjadi baku tembak. Tiga penyokong Bin Laden, termasuk puteranya sendiri, ikut tewas bersama seorang wanita yang cuba bertindak sebagai perisai manusia dalam baku tembak tersebut.
Disonansi kognitif agenda Illuminati

Rakyat AS bersukacita

Rakyat AS tumpah ruah ke jalan dan bersukacita atas kematian Bin Laden. Beribu-ribu orang berkumpul di depan Rumah Putih di Washington DC dan di Times Square. Bendera AS berkibar di tengah yel-yel kemenangan dan lagu kebangsaan.

Warga AS juga berkerumun dan bersorak-sorai di Ground Zero, lokasi menara kembar World Trade Center pernah berdiri. Seorang bekas pegawai pemadam kebakaran New York, yang terpaksa bersara kerana menderita penyakit paru-paru akibat pendedahan debu di Ground Zero ketika serangan yang meruntuhkan menara kembar itu berlaku, berkata, dia hadir di Ground Zero to 343 petugas pemadam kebakaran yang meninggal dalam serangan itu tahu bahawa "mereka tidak mati sia-sia".

"Ini sebuah perang dan saya merasa kami menang," katanya. "Saya ke sini untuk memberi tahu mereka bahawa keadilan telah ditegakkan."

Namun, kematian Bin Laden akan menempatkan Timur Tengah dalam siap sedia tinggi atas kemungkinan serangan balasan. AS pun telah mengeluarkan amaran perjalanan global bagi warganya untuk berhati-hati dan waspada.(kompas)

3 comments:

penemuan luar biasa!! on May 2, 2011 at 9:29 PM said...

hmm.. boleh jadi jugak.. dah mcm2 yg luar biasa zaman sekarang nih..

abu shahid on May 5, 2011 at 6:40 PM said...

Salam bro HHRS..

Propaganda US untuk keluaq dari Afghanistan laa tu..

Kang nanti keluaq tadak sebab pulak.

HHRS 2.0 on May 5, 2011 at 8:40 PM said...

tidak mungkin US keluarkan askarnya dari bumi Afghan malah bil askar marin semakin bertambah. Dibumi ini lah yahudi dan sekutunya akan mula diperangi oleh pasukan panji hitam dari Khurasan(Afghanistan). boleh rujuk buku konspirasi galaktik m/s 161-167

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template