Monday, May 23, 2011

Orang rabun: Guna cara ini untuk melihat semasa keadaan terdesak tanpa cermin mata

HHRS2.0 - Jika cermin mata anda pecah atau sebagainya dan dalam keadaan terdesak untuk melihat, guna lah kaedah ini. Dalam keadaan kecemasan ini ada satu cara untuk mengatasinya,iaitu dengan menggunakan "Kesan Pinhole". Prinsip kesan pinholeadalah pada kelainan refraksi mata (kalainan penurunan penglihatan mata yang boleh diperbaiki dengan kaca mata),penglihatan akan bertambah baik bila melalui suatu celah ataulubang kecil.

Dalam keadaan kecemasan, kita boleh membuat satu alat bantu diperbuat dari sebuah kad kecil, berukuran 3 x 5 cm, kemudian pada tengah kad tersebut dibuat satu lubang, dengan cara membuat lubang menggunakan hujung pen. Sehingga kita dapat mengintai melalui celah lubang tersebut. Tentunya huruf yang kecil akan boleh dilihat. Cuba lah!



Namun ada yang lebih praktikal, agar kita tidak perlu membuat alat bantu seperti diatas. Iaitu menggunakan tangan kanan kita. Objek yang akan kita lihat pegang dengan tangan kiri. Kemudian tangan kanan kita gunakan sebagaipengganti alat bantu yang telah dihuraikan di atas.







Dengan cara membuat celah kecil antara ibu jari dan telunjuk. Dari celah tersebut akan terlihat objek yang lebih jelas dan dapat di baca. Ini berlaku untuk penglihatan jauh atau dekat. Jadi walaupun kita dalam keadaan kecemasan tidak menggunakan cermin mata kita masih boleh melihat dengan cara ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template