Sunday, May 29, 2011

Orang bukan Islam hairan mengapa UMNO takut 'hudud'

http://buletinonline.net/images/stories/berita48/B%20Chandran.jpgBuletin Online - Apabila orang-orang bukan Islam di negara ini memahami dan mula menghayati Islam, Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadi gusar serta menggelepar.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri Terengganu Dr. Balachandran, berkata hanya satu sahaja perkataan yang boleh diberikan kepada Umno terhadap Islam, iaitu 'munafik'

Katanya, Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi beliau keatas pemikiran orang-orang Umno terhadap hukum Hudud.

"Bila kita dah mula menghayati Islam, yang serabut dan menggelepar itu (adalah) Umno dan Barisan Nasional, sebab kita tahu setelah kita membaca, memahami dan menghayati Islam, satu sahaja perkataan yang boleh digunakan untuk Umno (iaitu) munafik,

"sebab bila (ketika) kita tak tahu pasal hukum Hudud, ini pengalaman saya sendiri, banyak (rmai) kawan-kawan MIC dengan Umno sekali mengatakan hukum Hudud itu terlalu kuno, potong tangan sisni, potong kaki sana,"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Ceramah Sempena Sambutan Hari Keluarga Teluk Pasu, dekat sini 26 Mei.

Menurutnya, beliau tidak faham bagaimana kerajaan Umno dan Barisan Nasional boleh memisahkan hukum Hudud daripada perlaksanaan Islam.

Katanya, beliau hairan, ramai orang Islam bersembahyang lima waktu, berpuas di bulan Ramdhan, mengeluarkan zakat dan lain-lain tetapi menolak perlaksanaan hukum Hudud.

"Hukum Hudud sebahagian daripada Islam, ia bukan hukum PAS ataupun hukum (yang dicipta oleh) sesiapa, ia adalah Hukum Allah,

"bila orang Islam bersembahyang, berzakat dan (membuat) amalan-amalan lain, (semua) amalan itu ikut hukum Islam,"tegasnya.

Namun begitu, beliau hairan mengapa orang-orang Umno dan Barisan Nasional menolak hukum Islam termasuk hukum Hudud yang adil kepada semua manusia 

[Dengar ceramah penuh Dr B Chandran di Buletinonline Radio]

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template