Wednesday, May 25, 2011

Nilai minyak di negara-negara Arab (Baca! minyak dah nak naik ni)



HHRS 2.0 - Seiring berkobarnya revolusi Arab saat ini, sikap Barat dalam menyokong revolusi itu adalah bertujuan menguasai minyak. Tuduhan itu khususnya dilayangkan terhadap aksi tentera NATO di Libya saat ini. Tuduhan serupa pernah dialamatkan kepada AS dan British ketika menceroboh Iraq pada tahun 2003.

Tuduhan tersebut sesungguhnya masih boleh dipersoalkan kebenarannya walaupun tidak sepenuhnya salah.

Sebahagian besar eksport minyak dunia Arab memang ke Barat, tetapi tetap dalam konteks transaksi dagang secara saling menguntungkan. Contoh kes, minyak Libya. Sebanyak 83 peratus eksport minyak Libya pada era Moammar Gaddafi dieksport ke dunia Barat, dengan butiran 77 peratus eksport ke negara Eropah dan 6 peratus ke AS. Sisanya dihantar ke China, Brazil, dan negara-negara lain.

Volume eksport minyak Libya ke dunia Barat pasca-tumbangnya Gaddafi dipastikan tidak akan berubah. Ertinya, Barat sudah menguasai pasaran minyak Libya, baik pada era Gaddafi mahupun jika Gaddafi tumbang.

Jika logikanya demikian, buat apa Barat-dalam hal ini NATO-bersusah payah dengan kos besar menggebuk mesin tentera Gaddafi hanya untuk minyak.  Sebab Barat sudah menguasai pasaran minyak Libya pada era Gaddafi selama ini.

Bahkan, Gaddafi menawarkan untuk melakukan transaksi kembali jualan minyak yang lebih menguntungkan Barat asalkan dia tetap diberi peluang berkuasa di Libya. Namun, Barat menolak tawaran Gaddafi, dan sebaliknya menyokong kubu pembangkang (Dewan Nasional Peralihan / TNC) yang berpusat di Benghazi.

Contoh kes yang lain adalah minyak Iraq. Ketika Kerajaan Iraq membuka 11 tender projek pelaburan di sektor minyak pada awal tahun 2009, sebahagian besar syarikat yang memenangi tender justru bukan dari Barat, melainkan dari China, Turki, Rusia, Jepun, Korea, dan Malaysia.

Kerajaan Iraq pun mendapatkan keuntungan lebih besar dalam transaksi tersebut berbanding keuntungan yang diraih Kerajaan Iraq pada era Saddam Hussein.

Selain itu, transaksi Kerajaan Iraq dan syarikat-syarikat minyak itu dilakukan secara terbuka dan telus, dengan disiarkan secara langsung oleh media elektronik. Berbeza dengan transaksi pelaburan minyak pada era Saddam Hussein yang selalu dilakukan secara tertutup kerana dianggap sebahagian daripada keselamatan nasional.

Jika aksi AS dan Inggeris menggulingkan Saddam Hussein hanya untuk tujuan menguasai minyak sepenuhnya, maka tujuan itu gagal semua.

Bahkan, AS gagal menekan kuasa-kuasa politik di Iraq untuk meluluskan perjanjian mekanisme pembahagian devisa dari minyak antara kerajaan pusat dan wilayah. Sebahagian kekuatan politik di Iraq masih curiga ada pihak-pihak asing yang akan memanfaatkan peluang itu jika kesepakatan pembahagian devisa tersebut diluluskan.

Pada era Presiden George W Bush, malah ada seorang senator ekstrem dari Parti Republik yang meminta Presiden Bush agar menguasai langsung telaga-telaga minyak di Iraq selepas AS menumbangkan rejim Saddam Hussein pada tahun 2003. Namun, Presiden Bush menolak permintaan itu.

Dasar klasik

Meski demikian, bukan bererti AS dan Barat sama sekali mengabaikan nilai strategik minyak itu. Dalam dasar klasik AS dan Barat di Timur Tengah sangat dikenal bertumpu pada dua hal sakral yang harus dilindungi berapa pun mahal harganya yang perlu dibayar, iaitu keselamatan Israel dan minyak.

Dalam konteks isu minyak, AS dan Barat memilih untuk tidak menguasai langsung telaga-telaga minyak seperti era penjajahan dulu, tetapi bertumpu pada terwujudnya dua perkara. Pertama, terjaminnya arus bekalan eksport minyak tanpa kendala apa pun dengan harga yang rasional dari Timur Tengah ke pasaran Barat. Kedua, keselamatan telaga-telaga minyak dari kawalan atau pengaruh langsung kekuatan antarabangsa atau serantau anti-Barat.

Dua hal tersebut sudah dinikmati Barat secara penuh pada era pemerintahan diktator selama ini, tetapi belum tentu pada era demokrasi nanti.

Inilah sebahagian daripada tujuan perjuangan Barat menyokong kuat revolusi Arab yang sudah tak boleh dibendung lagi, iaitu tetap terwujudnya dua perkara tersebut pada era demokrasi nanti. Dari sini, kita boleh memahami mengapa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam pidato hari Khamis minggu lalu menekankan sangat menyokong revolusi Arab. (disusun semula dari konspirasicom)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template