Sunday, May 1, 2011

NATO Bunuh Anak dan 3 Cucu Qadhafi

HHRS 2.0 - Pemimpin Libya Muammar Qadhafi selamat dari serangan udara NATO pada hari Sabtu malam (30 / 4), namun anak bungsu dan tiga orang cucunya meninggal dalam serangan itu. Demikian seorang jurucakap kerajaan Libya mengatakan.

Mussa Ibrahim mengataan, bahawa anak Qadhafi, Saif Al-Arab, adalah warga awam dan seorang mahasiswa yang sedang menuntut ilmu di Jerman. Ia berusia 29 tahun.

Sebagaimana dilansir Reuters (30 / 4), pegawai Libya membawa para wartawan melihat rumah yang digempur sekurang-kurangnya tiga peluru berpandu NATO. Atapnya hancur seluruhnya di beberapa tempat, hanya sisa besi pemegang yang tinggal bersama runtuhan konkrit.

Sebuah meja enjin permainan bola sepak tercampak di luar, di laman rumah yang terletak di kawasan elit Tripoli itu. (hidayah)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template