Thursday, May 26, 2011

Nasrullah: Saya Menyaksikan Ketakutan Hebat di Mata Netanyahu


HHRS 2.0 - Setiausaha Gerakan Muqawama Islam Lubnan (Hizbullah), Sayid Hasan Nasrullah, Rabu malam (25 / 5) tampil di televisyen menyampaikan ucapannya dan menekankan bahawa muqawama tetap berterusan. Beliau memberi amaran negara-negara Arab untuk tidak melakukan rundingan damai dengan regim Zionis Israel.
Sayid Nasrullah menuding Amerika Syarikat dan rejim Zionis Israel berupaya merampas gerakan revolusi rakyat di negara-negara Arab. Beliau berkata bahawa kemenangan telah dekat.

Pejabat berita IRNA melaporkan, pidato Sayid Nasrullah itu dalam rangka memperingati 11 tahun pembebasan wilayah selatan Lubnan dari penjajahan rejim Zionis.

Seraya dengan itu menyebut Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu, sebagai dua tokoh penjajah, Sayid Nasrullah menegaskan, "Berbagai peristiwa dalam tiga dekad terakhir membuktikan bahawa satu-satunya cara yang efektif adalah muqawama."

Dijelaskan beliau, "Ketika saya mendengar sikap dan kenyataan Obama di depan AIPAC dan pidato Netanyahu di Kongres, saya semakin yakin pada jalan yang telah saya tempuh selama ini."

"Iaitu perlawanan bersenjata rakyat. Adapun penyelesaian gila dan tidak logik yang hanya menyebabkan kehinaan adalah jalan rundingan yang mereka istilahkan dengan 'perundingan damai," ungkap Sayid Nasrullah.

Jangan Berunding

Lebih banyak Sayid Nasrullah menjelaskan, "Setelah saya mendengar kenyataan Obama dan Netanyahu, saya meminta negara-negara Arab untuk menjauhi meja perundingan dengan Israel."

"Netanyahu dalam dua hari terakhir di Kongres Amerika Syarikat, bercakap tetang roket-roket Hizbullah dan Hamas. Ketakutan itu tampak sekali dari matanya dan kenyataan kami adalah bahawa apa hasil dari pidato Obama atau Netanyahu bagi Palestin atau kerajaan Pihak Berkuasa, serta kumpulan-kumpulan Palestin? Obama kembali menyatakan sokongannya terhadap keselamatan rejim Zionis dan keunggulan Israel dibading negara-negara lain di rantau ini, "tegas Nasrullah.

Menyinggung tuntutan Netanyahu bahawa Baitul Maqdis, selamanya akan menjadi ibukota Israel dan juga masalah nasib pelarian Palestin, Sekjen Hizbullah menandaskan, "Di Kuwait, Raja Arab Saudi menyatakan bahawa inisiatif negara-negara Arab tidak akan mampu bertahan lama di atas meja perundingan. Setelah kenyataan itu , kini saya meminta negara-negara Arab untuk berundur dari meja perundingan kerana memang sudah saatnya. "

Kekalahan Netanyahu Pasti

Nasrullah mengatakan, "Kemenangan telah terhampar di depan anda, di saat terakhir saya menyaksikan kekalahan pada kening Netanyahu."

Beliau menambah, "Muqawama tetap merupakan sahabat setia yang berkaitan rapat dengan tujuan, pelbagai penderitaan, dan pengorbanan para syuhada. Seperti yang telah saya kemukakan pada tahun 2006, kini tiba saat kemenangan." (diterjemah dari irib)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template