Saturday, May 21, 2011

Lima spesis di bumi yang boleh hidup di angkasa lepas

HHRS 2.0 - Apakah ada spesis hidupan di bumi yang boleh hidup dan bertahan di angkasa lepas?  Jika kita berbicara soal manusia, mungkin tidak. Tetapi, mungkin lima makhluk bumi di bawah ini boleh.

Untuk hidup, manusia memerlukan keperluan asas yang penting seperti oksigen untuk hidup. Namun beberapa spesis yang ada di bumi ini menunjukkan spesis-spesis tersebut memiliki ciri-ciri yang cukup unik dan ciri-ciri ini membolehkan mereka untuk hidup dalam keadaan ekstrim di luar angkasa.

Sekarang, mari kita lihat lima makhluk super seperti berikut:

1. Cacing yang hidup di ais metana


Makhluk ini adalah seekor cacing yang hidup di plat ais metana yang terdorong ke permukaan dari dasar laut dekat pantai mexico. Ais metana adalah sebuah gas hidrat yang terbentuk secara semulajadi pada tekanan tinggi dan suhu rendah di dasar laut yang dalam.Menurut para ahli dari pennsylvania state university, penemuan cacing ini telah membangkitkan pelbagai spekulasi mengenai kehidupan di luar angkasa.

Erin mcmullin, salah satu peneliti yang turut menemui cacing tersebut berkata: "Sangat menyenangkan ketika kita sibuk berspekulasi mengenai kehidupan di planet lain, kita malah terus mencari bentuk kehidupan baru yang sepertinya bukan berasal dari bumi." lalu, jika kita memberikan sebuah tempat baru baginya di angkasa luar, dimanakah tempat yang sesuai baginya?

Jawapannya adalah di titan, salah satu bulan Zuhal.
Di titan, terdapat lautan methana yang berlapis-lapis. Jika kita menaruh cacing ini di titan, ada kemungkinan ia dapat bertahan hidup dengan mendiami lapisan ais tersebut.

2. Makhluk yang boleh hidup di ruang vakum

Setelah melihat gambar di atas, saya yakin, kebanyakan dari anda akan segera teringat dengan beruang. Tidak salah juga. Tapi, makhluk ini bukan seekor beruang. Ia bernama tardigrade. Kerana rupanya seperti beruang, ia juga sering disebut dengan nama beruang air.

Berbeza dengan beruang darat yang bertubuh besar, makhluk ini hanya memiliki panjang sekitar setengah milimeter. Ini membuatnya tidak kelihatan oleh mata telanjang.Tetapi, jangan menilainya hanya dari ukurannya. Makhluk mikro ini termasuk salah satu makhluk hidup yang paling lasak di bumi. Ia mempunyai satu kekuatan super. Ia boleh berhibernasi dengan baik. Dalam keadaan ini, makhluk ini boleh bertahan terhadap fluktuasi suhu, bahkan jika berdepan dengan situasi ekstrim sekalipun.

Pada tahun 2008, beberapa ekor tardigrade dihantar ke luar angkasa dan terbukti mereka boleh bertahan di dalam ruangan hampa gas. Jadi, jika kita melepaskannya ke ruang angkasa, ada kemungkinan kalau makhluk ini boleh mengharunginya hingga mencari tempat berdiam yang berpadanan baginya.

3. Cacing raksasa pemakan belerang
Makhluk ini hidup di tepi gunung api yang sangat panas jauh di dasar lautan. Dan ia memakan belerang yang dibawa oleh bakteria. Cacing raksasa ini boleh bertumbuh hingga sepanjang 2.1 meter dan boleh hidup 5 batu di bawah paras laut dalam keadaan tekanan yang ekstrim. Tubuh mereka didominasi warna merah. Ini kerana banyaknya nadi yang mengandungi darah di dalamnya.

Yang menarik dari cacing ini adalah kemampuannya bertahan terhadap panas yang melampau dan masih tetap boleh menerima keperluan hidup yang cukup. Dimanakah tempat yang sesuai baginya di luar angkasa?
Makhluk ini mungkin boleh hidup di venus dimana terdapat sumber belerang yang sangat banyak.

4. Mikrobakteria antartika pemakan besi
Seperti darah mengalir di antartika. Unsur berwarna merah itu adalah mikrob yang berhibernasi di dalam kumpulan air yang berada di bawah lapisan ais.

Menurut majalah nature:
"Cecair ini telah berada di dalam glasier selama 1.5 juta tahun lamanya. Di dalamnya, paling tidak terdapat 30 jenis bakteria yang masing-masingnya mempunyai pergerakan kimia yang unik." menurut salah satu peneliti bernama mikucki, mikrob ini menggunakan sulfat sebagai mangkin dalam sebuah rantai reaksi yang kompleks di mana penerima elektron akhirnya adalah besi.

"Ini adalah contoh bagaimana sebuah ekosistem berjaya bertahan walaupun tertutupi oleh kegelapan dan ais yang tebal." "Life finds a way." Dengan ciri-ciri ini, maka mikrob ini mungkin dapat hidup di Europa, salah sebuah bulan Jupiter yang mengandungi lautan yang kaya dengan zat besi di bawah lapisan ais yang tebal.

5. Bakteria yang mampu bertahan dari radiasi
d. Radiodurans adalah nama bakteria ini. Ia mampu bertahan dalam dos radiasi yang seribu kali lebih kuat berbanding dos yang boleh diterima manusia. Kemampuan ini disebabkan oleh sistem pemulihan DNAnya yang unik. Manusia yang menerima radiasi pada umumnya akan terbunuh kerana zarah radioaktif tersebut menghancurkan DNAnya. Akibatnya sistem regulasi di tubuh pun terhenti.

Namun bakteria ini  mampu menyusun semula DNA nya yang telah hancur. Salah satu masalah yang dihadapi ketika manusia cuba untuk hidup di bulan atau mars adalah adanya radiasi yang cukup membunuh. Jika bakteria ini tanggal di angkasa, maka radiasi yang ada di sana tidak akan mampu mempengaruhi tubuhnya.(disusun semula dari duniaunikcom)

Subhanallah...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template