Monday, May 30, 2011

Konspirasi MIB (Men in Black)


HHRS 2.0 - Fenomena kewujudan MIB pernah popular pada tahun 1950 dan 1960. Pada masa tersebut tercatat bahawa beberapa agen MIB pernah melakukan intimidasi terhadap seorang reporter di Pinewood, West Virginia. Reporter tersebut dipaksa untuk berhenti menulis artikel mengenai kewujudan MIB di Pinewood, yang dia kirimkan kepada akhbar tempatan dan nasional. Perlu dicatat bahawa Pinewood sendiri merupakan daerah yang sangat popular dengan mahluk yang digelar Mothman di akhir era 1960-an. Fenomena Mothman pun secara tidak langsung menguatkan dugaan bahawa MIB beroprasi di Pinewood untuk menyiasat kewujudan mahluk Mothman itu.

Laporan mengenai Men in Black paling jelas terjadi pada tahun 1976 di mana seorang lelaki bernama Dr.Herbert Hopkins yang berusia 58 tahun, melaporkan bahawa beliau pernah didatangi Men in Black. Hopkins yang profesional sebagai perunding mengenai UFO ditelefon oleh seseorang yang mengaku sebagai Vice President of New Jersey UFO Research Organization yang ingin berbincang denganya. Anehnya orang tersebut, yang mengenakan pakaian serba hitam, sudah muncul di depan rumahnya beberapa minit selepas Dr. Hopkins meletakkan gagang telefon. Dia juga menemui banyak kejanggalan selama berbual dengan tetamunya itu.

Banyak keanehan mengenai penampilan, tindak-tanduk serta ucapan orang itu menimbulkan banyak teori mengenai identiti mereka yang yang sebenarnya. Beberapa teori konspirasi menyebut jika agen MIB bukan seseorang manusia biasa, tapi bangsa hybrid manusia-alien. Mereka bertugas membersihkan segala bukti fizikal mengenai campur tangan alien yang terdedah di bumi. Oleh kerana itu penampilan agen MIB nampak berbeza daripada manusia biasa. Namun ada juga yang percaya bahawa mereka adalah agen kerajaan (misalnya agen CIA) yang berusaha menutup bukti UFO.

AKSI MEREKA

Para agen MIB digambarkan selalu bekerja dengan sangat professional, teliti dan juga sistematik. Mereka akan menyemak serta mempelajari semua maklumat dari orang yang bakal mereka temui, sampai ke detail yang paling kecil sekalipun. Disamping itu para agen MIB kelihatan sangat terlatih untuk menyesuaikan diri sesuai dengan situasi dan keadaan yang boleh berubah bila-bila masa. Namun perilaku mereka tidak dapat dihidu oleh umum kerana penampilan mereka berbeza-beza pada setiap individunya. Kadang kala mereka boleh berkelakuan seperti agen rahsia yang berusaha menyiasat serta mengutipi data sebanyak mungkin mengenai fenomena yang dilihat oleh subjek yang disoal siasat. Tapi di pihak lain mereka boleh pula berkelakuan seperti manusia biasa yang meyakinkan bahawa fenomena yang dilihat saksi adalah tidak nyata.

Para agen MIB kadang bertingkah laku sangat serius, tetapi boleh pula menjadi sangat ramah dan penuh humor pada situasi tertentu. Uniknya, ada yang beberapa saksi menyatakan bahawa tindak-tanduk mereka seperti robot yang sudah di program, sehingga reaksi mereka menjadi sangat terbatas sewaktu memasuki situasi diluar dugaan.

OTHER conspiracies

Walau fenomena MIB banyak dilaporkan pada tahun 1950-1960, beberapa penyelidik seperti John Keel mencari kesamaan antara laporan mengenai aksi para MIB dengan catatan penampakan iblis. Ia menjelaskan bahawa kemunculan agen MIB sangat selari dengan dongeng dan mitos mengenai orang yang bertemu dengan syaitan. Secara ketenteraan, Jerome Clarck mengutip tulisan Bill More yang menyatakan "Men in Black merupakan staff kerajaan yang bekerja dalam penyamaran, ahli dari unit khas bernama Air Force Intteligence atau kini dikenali juga sebagai Air Force Special Activities Center (AFSAC).

Teori konspirasi yang juga dikutip oleh Jerome Clarck berasal dari Dr Michael D. Swords, yang memaparkan bahawa MIB adalah unit khas dari CIA yang meneliti eksperimen psikologi manusia. Mereka menyiasat dengan individu yang dianggap berisiko tinggi dalam membahayakan keselamatan negara, kerana mengetahui banyak arkib rahsia kerajaan. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template