Sunday, May 15, 2011

Pasukan "Berseragam Putih" di Gaza


HHRS 2.0 - Keluasan Gaza tidak lebih daripada 360 KM persegi. Sempadan Gaza dikepong dengan tembok buatan Israel yahudi APCO. Serangan  demi serangan dilancarkan oleh Israel yahudi APCO ke atas rakyat Gaza tetapi tentera tercanggih di dunia Israel laknat ini masih gagal menguasai tanah Gaza.

Di atas kertas, pejuang Gaza hanya berkelengkapan senjata AK 47, roket anti tank RPG, serta beberapa jenis roket buatan tempatan yang biasa dipakai oleh para mujahidin Palestine tidak akan mampu menghadapi pasukan Israel yang disokong kereta kebal Merkava yang terhebat di dunia. Ditambah lagi pesawat pejuang canggih F-16, helikopter tempur Apache, serta ribuan tan "bom canggih" buatan Amerika Syarikat.

Akan tetapi di sana ada "kekuatan lain" yang membuat para mujahidin mampu membuat "kaum penjajah" itu berundur dari Gaza dengan kekalahan yang memalukan, walau hanya dengan berbekal senjata-senjata kuno.

Itulah pertolongan Allah Subhanahu wa Ta'ala yang diberikan kepada para pejuangnya yang taat dan ikhlas. Kisah tentang munculnya "pasukan lain" yang ikut bertempur bersama para mujahidin, semerbak harum jasad para syuhada, serta beberapa peristiwa "aneh" yang lain semasa pertempuran, telah beredar di kalangan masyarakat Gaza, ditulis para jurnarlis, bahkan disiarkan para khatib Palestin di khutbah-khutbah Jumaat mereka.

Berikut ini adalah rangkuman kisah-kisah "ajaib" tersebut dari pelbagai sumber untuk kita ingat dan renungkan.

Pasukan "Berseragam Putih" di Gaza

Ada "pasukan lain" membantu para mujahidin Palestin. Pasukan Israel sendiri mengakui adanya pasukan berseragam putih itu.

Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekumpulan pasukan Israel.

Seluruh ahli keluarga diperintahkan duduk di sebuah bilik. Salah satu anak lelaki mereka disoal siasat mengenai ciri-ciri para pejuang al-Qassam.

Ketika disoal siasat, sebagaimana ditulis halaman Filisthin Al Aan (25/1/2009), mengutip cerita seorang mujahidin al-Qassam, lelaki itu menjawab dengan jujur ​​bahawa para pejuang al-Qassam mengenakan baju hitam-hitam. Akan tetapi tentera itu marah dan memukulnya hingga llelaki malang itu pengsan.

Selama tiga hari berturut-turut, setiap ditanya, lelaki itu menjawab bahawa para pejuang al-Qassam memakai seragam hitam. Akhirnya, tentera itu naik pitam dan berkata dengan keras, "Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih! "

Cerita lain yang disampaikan penduduk Palestin di laman milik Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga menyebutkan adanya "pasukan lain" yang tidak diketahui. Awalnya, sebuah ambulan ditahan oleh sekumpulan pasukan Israel. Pemandu ambulan ditanya apakah dia berasal dari kelompok Hamas atau Fatah? Pemandu malang itu menjawab, "Saya bukan kelompok mana-mana. Saya cuma pemandu ambulan. "

Akan tetapi tentera Israel itu masih bertanya, "Pasukan yang berpakaian putih-putih di belakang tadi, masuk kelompok mana?" Si pemandu pun kebingungan, kerana ia tidak melihat seorang pun yang berada di belakangnya. "Saya tidak tahu,"

Suara misteri

Ada lagi kisah karamah mujahidin yang kali ini disebutkan oleh khatib masjid Izzuddin Al Qassam di kawasan-kawasan Nashirat Gaza yang telah ditayangkan oleh TV channel Al Quds, yang juga ditulis oleh Dr Aburrahman Al Jamal di laman Al Qassam dengan judul Ayaat Ar-Rahman fi Jihad Al Furqan ( ayat-ayat Allah dalam jihad al-Furqan).

Sang khatib bercerita, seorang pejuang telah menanam sebuah jerangkap yang telah disiapkan untuk menyambut pasukan Zionis yang melalui jalan tersebut.

"Saya telah menanam sebuah jerangkap samar. Saya kemudian melihat sebuah helikopter menurunkan sejumlah besar pasukan disertai tank-tank yang beriringan menuju jalan tempat saya menanam jerangkap, "kata pejuang tadi.

Akhirnya, sang pejuang memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengira jerangkap itu tidak akan mencapai tahap optimum. Maklum lah, jumlah musuh amat banyak.

Akan tetapi, sebelum beranjak meninggalkan lokasi, pejuang itu mendengar suara, "Utsbut, tsabatkallah" yang maknanya kurang lebih, "tetaplah di tempat maka Allah menguatkanmu." Ucapan itu ia dengar berulang-ulang sebanyak tiga kali.

"Saya mencari sekeliling untuk mengetahui siapa yang mengatakan hal itu kapada saya. Akan tetapi saya malah terkejut, kerana tidak ada seorang pun yang bersama saya, "ucap mujahidin itu, sebagaimana ditirukan sang khatib.

Akhirnya sang mujahid memutuskan untuk tetap berada di lokasi itu. Ketika sebuah tank melewati ranjau yang tertanam, sesualu yang "ajaib" terjadi. Jerangkap samar itu meledak amat dahsyat. Tank yang berada di dekatnya langsung hancur. Banyak tentera Israel terbunuh. Sebahagian dari mereka harus diangkut oleh helikopter. "Sedangkan saya sendiri dalam keadaan selamat," kata mujahid itu lagi, melalui lidah khatib.

Cerita yang disampaikan oleh seorang penulis Mesir, Hisham Hilali, dalam laman alraesryoon.com, ikut menyokong kisah-kisah dahulu. Abu Mujahid, salah seorang pejuang yang melakukan ribath (berjaga) mengatakan,

"Ketika saya mengamati gerakan tank-tank di sempadan bandar, dan tidak ada seorang pun di sekitar, akan tetapi saya mendengar suara orang yang bertasbih dan beritighfar. Saya berkali-kali cuba untuk memastikan asal suara itu, akhirnya saya memastikan bahawa suara itu tidak keluar kecuali dari bebatuan dan pasir. "

Cerita mengenai "pasukan tidak dikenali" juga datang dari seorang penduduk rumah susun kawasan Tal Islam yang handak mengungsi bersama keluarganya untuk menyelamatkan diri dari serangan Israel.

Di tangga rumah ia melihat beberapa pejuang menangis. "Kenapa kamu menangis?" Tanyanya.

"Kami menangis bukan kerana bimbang keadaan diri kami atau takut dari musuh. Kami menangis kerana bukan kami yang bertempur. Di sana ada kumpulan lain yang bertempur memporak-perandakan musuh, dan kami tidak tahu dari mana mereka datang, "jawabnya.

Saksi tentera Israel

Cerita tentang "serdadu berseragam putih" tak hanya diungkap oleh mujahidin Palestin atau warga Gaza. Beberapa personel pasukan Israel sendiri menyatakan hal serupa.

Lawan sesawang al-Qassam memberitakan bahawa TV Channel 10 milik Israel telah menyiarkan seorang anggota pasukan yang ikut serta dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam keadaan buta.

"Ketika saya berada di Gaza, seorang tentera berpakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, hingga saat itu juga saya buta," kata anggota pasukan ini.

Di tempat lain ada pasukan tentera Israel yang mengatakan mereka pernah berhadapan dengan "hantu". Mereka tidak diketahui dari mana asalnya, tiba-tiba munculnya, dan  menghilangnya.

Seorang tentara Israel yang lain menceritakan, "Kami berhadapan dengan pasukan berbaju putih dengan janggut panjang. Kami tembak dengan senjata, akan tetapi mereka tidak mati. "

Cerita ini menimbul banyak tanya penonton. Mereka bertanya kepada Channel 10, siapa sebenarnya pasukan berseragam putih itu?

Sudah Meletup, tetapi jerangkap samar masih berkeadaan baik
Di saat para mujahidin tersepit, haiwan-haiwan dan alam tiba-tiba datang membantu, bahkan menjelma menjadi sesuatu yang menakutkan.

Sebuah kejadian "aneh" terjadi di Gaza Selatan, tepatnya di daerah AI Maghraqah. Saat itu para mujahidin sedang memasang jerangkap samar. Ketika mengulur kabel, tiba-tiba sebuah pesawat pengintip Israel menjejaki mereka. Bom langsung jatuh ke lokasi itu.

Para mujahidin terselamat. Namun, kabel yang menyambung jerangkap samar dan peledak yang disambung tadi terputus. Tidak sempat lagi untuk menyambungnya, kerana pesawat masih berlegar di atas.

Tidak lama kemudian, beberapa kereta kebal Israel mendekati lokasi di mana bom-bom tersebut ditanam. Kereta kebal Israel berhenti tepat di atas letupan yang sudah tak berfungsi itu.

Apakan daya, kaum Mujahidin tak boleh berbuat apa-apa. Kabel ranjau jelas tak mungkin disambung, sementara tank-tank Israel telah berkumpul di atas jerangkap tersebut..

Mereka merasa amat sedih, bahkan ada yang menangis ketika melihat pemandangan itu. Sebahagian yang lain berdoa, "allahumma kama lam tumakkinna minhum, allahumma la tumakkin lahum," yang maknanya, "Ya Allah, sebagaimana engkau tidak memberikan kesempatan kami menghadapi mereka, jadikanlah mereka juga tidak mempunyai kesempatan serupa."

Tiba-tiba, ketika fajar tiba, terjadilah keajaiban. Terdengar letupan dahsyat dari di lokasi penanaman jerangkap samar yang tadinya tidak berfungsi.

Setelah Tentera Israel pergi dengan keadaan malang akibat letupan lersebut, para mujahidin akan melihat lokasi letupan. Sungguh aneh, ternyata semua ranjau yang telah mereka tanam itu masih utuh. Dari mana datangnva letupan tadi? Wallahu a'lam.

Masih dari wilayah Al Maghraqah. Saat pasukan Israel menembak meriam ke salah satu rumah, hingga rumah itu terbakar dan api menjalar ke rumah sebelahnya, para mujahidin dihinggapi rasa bimbang jika api itu semakin tak terkawal.

Seorang dari mujahidin itu lalu berdoa, "Wahai Dzat yang merubah api menjadi sejuk dan tidak membahayakan untuk Ibrahim, padamkanlah api itu dengan kekuatan-Mu."

Maka, tidak lebih daripada tiga minit, api pun padam. Para mujahidin menangis terharu kerana mereka merasa Allah Subhanuhu wa Ta'ala (SWT) telah memberi pertolongan dengan terkabulnya doa mereka dengan segera.

Terbunuh 1,000, Lahir 3,000

Hilang seribu, tumbuh tiga ribu. Sepertinya, ungkapan ini sesuai disematkan kepada penduduk Gaza. Kesedihan rakyat Gaza atas kehilangan nyawa 1412 putra putrinya, terubat dengan lahirnya 3700 bayi selama 22 hari gempuran Israel terhadap kota kecil ini.

Hamam Nisman, Pengarah Pejabat Hubungan Sosial dalam Kementerian Kesihatan kerajaan Gaza menyatakan bahawa dalam 22 hari 3700 bayi lahir di Gaza. "Mereka lahir antara tanggal 27 Disember 2008 hingga 17 Januari 2009, ketika Israel melakukan serangan yang menyebabkan 1412 rakyat Gaza terbunuh , yang majoriti wanita dan anak-anak," katanya.

Bulan Januari tercatat sebagai angka kelahiran tertinggi berbanding bulan-bulan sebelumnya. "Setiap tahun 50 ribu kes kelahiran tercatat di Gaza. Dan, dalam satu bulan tercatat 3000 hingga 4000 kelahiran. Akan tetapi pada masa serangan Israel 22 hari, kami mencatatkan 3700 kelahiran dan pada sisa bulan Januari tercatat 1300 kelahiran. Berarti dalam bulan Januari berlaku peningkatan kelahiran hingga 1000 kes.

Nisbah antara kematian dan kelahiran di Gaza memang tidak sama. Angka kelahiran, jelasnya lagi, mencapai 50 ribu tiap tahun, sedang kematian mencapai 5 ribu.
"Israel sengaja membunuh wanita dan anak-anak untuk menghapuskan masa depan Gaza. Sebanyak 440 anak-anak dan 110 wanita telah dibunuh dan 2000 anak serta 1000 wanita mengalami kecerderaan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template