Monday, May 23, 2011

KENYATAAN ''JAHANAM ISRAEL'' ADALAH SALAH. ISRAEL IALAH NAMA SEORANG NABI


ADNAN OKTAR a.k.a Harun Yahya - Keadilan tidak hanya di satu pihak. Anda boleh menyebut “Celaka” namun orang yang anda kutuk juga mempunyai hukum. Bukankah begitu? Dia mungkin sahaja benar dalam beberapa hal, mempunyai rasa takut, rasa tidak puas hati. Ini perlu dipertimbangkan. Satu ketetapan yang melindungi kepentingan kedua-dua pihak perlu dibuat. Tambahan pula, tiada seorangpun yang patut berkata “Celaka Israel”, Israel ialah nama seorang Nabi yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Ia tidak sepatutnya diucapkan. Mereka salah. 

Mereka patut berkata, “Ateis-zionis terkutuk” ataupun “hidup Kesatuan Islam, Kesatuan Islam-Turki.” Betul? Atau mereka harus mengucapkan “Muslim perlu bersatu.” Jika mereka menyebut “Muslims harus bersatu”, ini ialah satu slogan yang baik. “Muslim wajib bersatu” ialah slogan yang baik. Namun mereka tidak patut berkata “Jahanam Israel”; Israel ialah nama Nabi. Tentu sahaja mereka maksudkan negara tersebut, tetapi kedengarannya tidak begitu. Justeru itu, mereka sepatutnya berkata “Celaka ateis-zionis.” Contohnya, mereka boleh berkata “Jahanamlah hamba syaitan.” Ataupun “Jahanamlah mereka yang menyembah syaitan.” Atau seumpamanya. Boleh juga dikatakan, “Jahanamlah para penindas, pembunuh bersiril.” Namun kenyataan mereka salah. Mereka harus meninggalkannya, mereka mengatakan sesuatu yang salah.

Sumber lain dari facebookIsrael adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman.

2 comments:

Anonymous said...

Ha! tahu xpe. Tempe jangan. kan ISRAEL itu adalah dari perkataan ISRA' IL. ISRA' adalah malam atau perjalanan malam atau bekerja waktu malam atau beribadat waktu malam. IL adalah = hamba/ciptaan TUHAN.

Nampak tak permainan halus Yahudi ni? Kita pun ikut lah marahkan ISRAEL dan caci dan maki siap hina lagi ISRAEL ni. Padahal kita telah hina manusia yang TUHAN sayang...manusia yang dikasihi TUHAN yang diberi gelaran ISRAEL(ISRA'IL). Bila kita hina manusia yang TUHAN sayang, kita hina TUHAN tak? Hu....tak tahu aku. Korang tanya lah pada ustaz-ustaz yang ada ini pulak tu yang dari Mesir. Apa ke namanya universiti tu ZAHAR ke AZHAR? Takpun tanya Harun Sani, Nik Aziz ke, atau Mohd Asri ke atau nak best lagi tanya Yusuf Qadrawi yang membela anwar ibrahim tu. PELAWOK PELAWOK PELAWOK!

Lagi satu YAHUDI. Yahudi ni bukan lah manusia yang lahir kat tanah yang digelar ISRAEL dan beragama JUDAISMA, tapi adalah gelaran golongan yang mempunyai perjanjian dengan IBLIS. Tak kiralah orang tu melayu ke cina ke india ke matsaleh ke eskimo ke atau arab. Dan tidak kiralah dia beragama Kristian ke Judaisma(Yahudi) ke Buddha ke Hindu ke Sintelogi ke atau Islam. ingat tu dalam al-quran ada ayat yang mengatakan sesungguhnya yang YAHUDI dan NASRONI itu tidak akan bersenang dengan manusia sehingga manusia itu mengikut agama ciptaan mereka(yahudi dan nasroni).

Kat sini lah tombul persoalan 1. adakah agama itu adalah ciptaan? atau 2. Ada agama-agama yang dicipta?

Nabil kata " LU FIKIRLAH SENDIRI"

Anonymous said...

mereka kurg mengikuti kisah2 nabi bab tu xtau,,,, patut disebarkan benda ni takut menjadi satu kesalahan pula,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template