Wednesday, May 4, 2011

Karlmayer: Suara dan visual yang boleh mempengaruhi otak manusia (Hati-hati)

HHRS 2.0 - Saya hanya mendengar suara dan menonton video tersebut dalam 10 saat sahaja. Suara seperti kanak-kanak ketawa kecil. Saya terus stop. Tak boleh tahan kerana frekuensi suara tersebut menyamai frekuensi ultrasonik. Kepala pun ada sakit.


video anda boleh search kat youtube - Karlmayer

AMARAN! Jika Anda Mahu Dengar dan Lihat Video Tersebut Adalah Tanggungjawab Anda Sendiri. Kanak-kanak Dilarang Sama Sekali. Jika Anda Berasa Kelainan, Usahakan Untuk Lupakan Suara-Suara Tadi. Dengar lagu atau muzik berentak slow. Cuba lupakan suara atau visual yang anda tonton tadi.

Karlmayer adalah suara / simfoni / muzik yang boleh mempengaruhi otak manusia. Suara tersebut dapat konon dapat merosakkan mental manusia dan boleh menyebabkan manusia gila. Suara tersebut adalah"sound pollution" atau suara yang bising dan membuat pusing.Tidak ada unsur ghaib sama sekali di dalam suara ini.

Kononnya suara ini digunakan untuk menyoal seseorang supaya bercakap benar. Kesan yang sering terjadi adalah paranoid, migrain, dan sakit telinga.

Kesan yang mungkin adalah seperti berikut:

1. Sakit telinga, ini yang paling sering berlaku
tentu saja anda akan mengalami sakit telinga, kerana frekuensi suara ini hampir mendekati gelombang ultrasonik

2. Pening / migrain, ini juga sering berlaku
Jika anda mendengar suara ini dengan volume yang cukup tinggi, kesan ini tak dapat dielakkan

3. Gangguan di otak, ini cukup sering terjadi
Anda menjadi memutar-mutar melodi ini terus menerus di kepala anda tanpa kemahuan anda sendiri. Jika ini berlaku pada anda, bacalah peringatan diatas.

4. Menjadi paranoid
Jika anda tidak kuat tetapi memaksakan mendengar sampai habis, ini boleh menjadi kemungkinan. setiap anda kemana-mana anda selalu curiga, selalu celingak celinguk kiri kanan belakang, seperti ada yang mengawasi anda. Pada tahap parah akan terjadi halusinasi mendadak.

5. Gila
Anda boleh saja menjadi gila. Jika anda tidak kuat mendengar suara ini, tetapi anda dipaksa untuk mendengarkannya / menonton videonya berkali-kali dengan kelantangan yang besar, mungkin ini akan terjadi pada anda.

6. Tidak terjadi apa-apa
jika anda sudah mempunyai pengalaman yang banyak, atau anda tidak memiliki rasa takut, walaupun anda mendengarnya berkali-kali, anda tidak akan mengalami kesan apa-apa, tetapi tidak dapat dielakkan kesan yang pertama dan kedua di atas.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template