Wednesday, May 18, 2011

Ini dia maklumat yang ada dalam hardisk Osama


HHRS 2.0 - Majalah New York Magazine, mendakwa mendapatkan salinan fail dari orang dalam CIA. "Dengan bantuan superkomputer yang kami beli beberapa tahun lalu seharga US $ 3 bilion, kami berjaya mengkategorikan data-data di hardware milik Osama dalam sebuah diagram,"

Dari hasil penemuan majalah itu, porsi terbesar dari data yang disimpan (34 peratus) adalah fail berkategori pornografi di sebuah folder yang berlabel 'Old Tax Forms'. Setelah itu, NYMag mendakwa data terbanyak yang lain adalah rakaman drama siri The Wire, dengan porsi sebanyak 21 peratus.

Porsi terbesar berikutnya adalah fail-fail MP3 yang dimuat turun oleh anak-anak Osama, yakni 15 peratus. Selain itu terdapat data-data dalaman organisasi Al-Qaeda (14 peratus), meliputi senarai nama samaran, info kenalan, bahkan maklumat mengenai sejumlah alergi yang diidap oleh ahli-ahli Al-Qaeda.

Yang menarik, NYMag juga mengungkap adanya data-data rakaman Osama saat tengah menuruni sebuah bukit dan menembakkkan senjata AK-47, serta data-data mengandungi buku memoir Osama yang belum diterbitkan, berjudul "Bin There, Done That". (disusun semula dari sayaberitahu)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template