Monday, May 16, 2011

Ikan terbang: Flying rod



HHRS 2.0 - Rod yang kadang disebut juga sebagai ikan terbang, adalah sebuah tarikan baru dalam bidang cryptozoology. Ia adalah makhluk yang terbang dan berputar dengan kelajuan tinggi sehingga sukar dilihat oleh mata kasar. Satu-satunya bukti adanya rod adalah gambar yang ditangkap oleh kamera kerana kemampuannya menangkap gerakan yang lebih tepat.

Jose Escamilla adalah orang yang pertama mendakwa melihat Rod. Ia menangkap gambar Rod yang sedang terbang dengan kamera ketika dia merakam kegiatan Base Jumper di gua Swallow, Mexico. Jose Camilla bahkan percaya bahawa Rod adalah manifestasi dari Ufo sehingga ia menamakan websitenya roswellrods.com, dari kata Roswell dan rods. Roswell merupakan sebuah bandar di New Mexico yang dipercayai sebagai tempat simpanan artifak ufo dan tubuh alien oleh kerajaan Amerika Syarikat (kawasan 51).

Entiti ini disebut Rod kerana bentuk tubuhnya yang seperti tongkat. Dari pemerhatian kamera, dapat disimpulkan bahawa panjang Rod sekitar antara 10 cm hingga 5 meter. Dan Rod juga boleh mengendalikan arah terbangnya sama seperti burung atau serangga.
Rod memiliki tubuh seperti membran tipis seperti ubur-ubur yang meliputi tulang belakang. Beberapa orang mendakwa bahawa Rod adalah haiwan yang belum dikenali dan kemungkinan masih keluarga anomalocarids yang terbang. Beberapa menganggap bahawa Rod adalah sebuah manifestasi UFO yang terbang dengan kelajuan tinggi. Beberapa lagi beranggapan bahawa Rod adalah sebuah trik yang tercipta akibat merakam video dan memainkan semula rakaman tersebut.

History Channel pernah mengupas tentang Rod dalam Monster Quest season 1. Ketika itu, mereka mengadakan penelitian dengan menggunakan dua kamera. Satu kamera biasa dan satu lagi kamera berkecepatan tinggi. Kamera biasa menangkap gambar Rod yang sedang melintas dengan sayap yang mengepak, sedangkan kamera berkecepatan tinggi hanya menangkap seekor serangga yang sedang melintas di ladang.


Tapi mereka yang mempercayai Rod mengkritik teori tersebut dan mengatakan bahawa Kamera biasa tidak mungkin dapat menangkap gambar dengan jelas seperti yang terdapat pada gambar rod di seluruh dunia.



1 comments:

Anonymous said...

Ini binatang pandi kutty !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template