Tuesday, May 3, 2011

Google maps berpropaganda dedah lokasi "kematian" Osama Bin Laden

Osama Tewas, Google Turut Tunjukkan Lokasi Melalui Google Maps



HHRS 2.0 - Berita kematian Osama Bin Laden tidak hanya riuh diberitakan di berbagai situs jejaring sosial. Bahkan kini gergasi internet Google melalui perkhidmatan Google Maps miliknya turut mengeluarkan khabar kematian pemimpin Al-Qaeda tersebut. Mereka turut mengambil bahagian dalam menyebarkan berita ini, dengan cara menunjukkan tempat di mana Osama terbunuh.

Peta digital tersebut mengabarkan kematian orang yang dituntut Amerika Syarikat sebagai ketua pengganas di dunia tersebut, dengan menunjukkan markas serta daerah di mana Osama terbunuh. Demikian yang dilaporkan melalui Tech Crunch.

Menurut Google Maps, tempat penembakan Bin Laden tersebut berada di Kota Abbotabad, daerah di sekitar Pakistan Utara. Beberapa orang menyebutkan, bahawa tersebut memang terkenal sebagai tempat yang indah, dan sering digunakan untuk tempat wisata.

"Osama Bin Laden Compund" demikian keterangan yang ada di Google Maps tersebut.

Seperti diketahui, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama memastikan bahawa pemimpin rangkaian pengganas Al-Qaeda Osama Bin Laden terbunuh melalui operasi ketenteraan.

Sebelumnya, tentera AS terus berusaha keras untuk meringkus dedengkot keganasan kelahiran Arab Saudi itu. Usaha makin gencar setelah Al-Qaeda yang dipimpinnya dituduh menyerang bangunan World Trade Center di New York dan Pentagon yang menyebabkan sekurangnya 3000 orang terbunuh pada September 2001 lalu.(lawan)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template