Thursday, May 5, 2011

Fitnah lucah: TV3, Utusan dan Berita Harian dilindungi kerajaan


Keadilandaily - Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, media perdana seperti TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian, diberikan perlindungan atau imuniti oleh kerajaan dalam menyebarkan fitnah dan politik lucah.
Beliau menyuarakan kekesalannya apabila media berkenaan berterusan memberikan liputan ‘bertali arus’ berhubung video seks fitnah yang didakwa melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Walaupun ramai tokoh-tokoh Islam dan bukan Islam mengecam tindakan ini, namun kerajaan  sengaja ‘menghalalkan’ isu ini diberi liputan meluas tetapi jauh sekali untuk menangkap pesalah yang mengedar bahan lucah,” kata Nik Nazmi ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Menurut Nik Nazmi, tindakan TV3, Utusan dan Berita Harian semakin ketara menjadi alat Umno menyebarkan fitnah dan pelbagai perkara lucah sehingga melenyapkan etika kewartawanan dalam menyampaikan berita kepada orang ramai.
Tambah beliau, cara media berkenaan menangani isu itu juga jauh berbeza dengan skandal seks membabitkan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek beberapa tahun lalu.
“Kita boleh simpulkan secara mudah sahaja apabila video seks Soi Lek tidak diberi ‘liputan’ yang meluas bahkan polis digesa menangkap pengedar video tersebut. Tetapi dalam kes video terbaru, kerajaan dan media bersungguh-sungguh menjadikannya berita sensasi,” ujarnya yang juga Adun Seri Setia.
Menurutnya lagi, media perdana di negara ini seolah menjadi hamba yang hanya mengikut perintah tauke mereka iaitu Umno- Barisan Nasional sehingga melupakan tanggungjawab terhadap orang awam.
“Kita sedar itu semua agenda politik Umno menggunakan media yang mengikut sahaja perintah daripada ‘tauke’ mereka.
Sementara itu Ketua Penerangan Selangor, Shuhaimi Shafiei menyifatkan TV3, Utusan dan Berita Harian ‘dinaungi’ pemimpin tertinggi negara ekoran berita yang disiarkan sejak kebelakangan ini menjurus kepada politik lucah dan fitnah.
“TV3,Utusan dan Berita Harian dinaungi pemimpin tertinggi negara yang jelas melihat kepada laporan beritanya yang mengikut acuan pemimpin mereka yang satu persatu bertujuan menjatuhkan Anwar bagi menghilangkan sokongan orang Melayu terhadapnya.
“Media adalah senjata terakhir puak Umno yang kita akan lawan balik sebagai senjata makan tuan dengan mempersiapkan program siri jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas) yang akan bermula hujung minggu ini selama dua bulan,” kata beliau.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template