Sunday, May 22, 2011

Busut anai-anai adalah pendingin hawa lebih hebat berbanding buatan manusia


2.0 - Janine M. Benyus, yang meyakini bahawa model-model alam semulajadi harus ditiru, telah memberi contoh-contoh berikut dalam bukunya, Biomimicry: Innovation Inspired by Nature (Perennial: 2002):

• Burung kelicap menyeberangi Teluk Mexico menggunakan kurang daripada  3 gram (satu per sepuluh daripada satu aun) bahanapi,
• Pepatung mengendalikan pesawat helikopter paling terbaik,
• Sistem pemanasan dan pendingin hawa dalam busut anai-anai paling terhebat dalam istilah penggunaan alat dan tenaga berbanding sistem yang dibuat oleh manusia,
• Penghantar frekuensi tinggi kelawar lebih cekap dan lebih peka daripada sistem radar buatan kita,
• Alga sinar-cahaya menyatukan pelbagai bahan kimia untuk menyinari badan-badan mereka,
• Ikan dan katak artik menyejukbeku dan kemudian menganjal untuk hidup, telah melindungi organ-organ mereka daripada dimusnahkan oleh ais,
• Sesumpah dan sotong merubah corak  kulit mereka menyerupai persekitaran dengan sekelip mata,
• Lebah,penyu dan burung belayar tanpa peta, dan
• Ikan paus dan burung penguin menyelam tanpa sebarang peralatan skuba.

Mekanisme-mekanisme dan rekabentuk-rekabentuk alam semulajadi yang mengkagumkan ini, hanya sebahagian kecil diungkapkan, mempunyai keupayaan mempermewahkan teknologi bagi jurusan-jurusan yang luas. Keupayaan ini menjadi lebih nyata sejajar dengan peningkatan longgokan ilmu kita dan pertambahan kaedah-kaedah teknologi.

Semua haiwan memiliki banyak sifat-sifat yang mengkagumkan manusia. Ada yang mempunyai bentuk hidrodinamik yang sempurna membolehkan mereka berenang, dan terdapat lain-lain berbantukan pancaindera-pancaindera yang nyata asing kepada kita. Kebanyakan ciri-ciri yang hanya ditemui oleh pengkajiselidik untuk pertama kalinya, atau, mungkin baru kini tersingkap. Sehubungan itu, perlu untuk saintis-saintis pakar dalam bidang-bidang seperti teknologi komputer, kejuruteraan mekanikal, elektronik, matematik, fizik, kimia, dan biologi bekerjasama untuk memplagiat hanya satu ciri atau sifat benda hidup.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template