Thursday, May 12, 2011

Bayi berkepala dua dengan satu badan lahir di China

HHRS 2.0 - Peristiwa kelahiran unik terjadi di Wilayah Sichuan, China bahagian selatan. Salah satu hospital melaporkan seorang ibu telah melahirkan bayi yang mempunyai dua kepala tetapi hanya satu badan.

Seorang kakitangan hospital Suining City Central Hospital, Wang, berkata bayi unik itu lahir Khamis minggu lalu. Wang mengatakan, pada mulanya ayah dan ibu bayi tersebut menolak untuk menjaga bayi kepala dua tersebut. Kedua-duanya mengaku tidak mempunyai wang untuk membesarkan anak mereka.
Akhirnya si bayi dipindahkan ke hospital yang lebih besar, di Chongging. Para doktor pakar akan merawat dan meneliti fenomena bayi kepala dua ini.

Harian tempatan, Huaxi Risiko Daily, melaporkan si bayi terlahir dengan berat empat kilogram dan panjang 51 cm. Bayi yang belum diberi nama ini lahir dengan dua tulang belakang dan dua kerongkong. Namun organ vital lain normal. Doktor mengatakan tidak mungkin bayi ini akan dipisah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template