Saturday, May 14, 2011

Bangkai burung bergigi dijumpai di Iran

HHRS 2.0 - Para penduduk tempatan menemui bangkai burung tersebut pada hari minggu tanggal 8 Mei 2011. Burung itu kelihatan seperti baru mati beberapa hari kerana sisa-sisa bulunya masih boleh dilihat dengan jelas. Demikian dilaporkan dari berita IRNA.

Sebuah pasukan kecil dari organisasi perlindungan alam sekitar Iran (EPO) akan dihantar ke wilayah itu untuk menyiasat kebenaran berita tersebut.

Salah seorang penduduk dilaporkan telah menyembunyikan bangkai itu dan pasukan dari EPO sedang berusaha menemuinya. Walaupun belum menemuinya, pasukan itu berjaya mendapatkan foto bangkai tersebut dari penduduk tempatan.

Pasukan itu juga mendapat laporan dari para penduduk tempatan yang menyebutkan kalau burung itu tinggal di gua berhampiran kampung mereka.

Bangkai misteri itu mempunyai tengkorak seperti anjing dengan gigi taring yang besar. Namun tubuhnya kelihatan seperti seekor burung yang tidak boleh terbang. Para penyelidik mengatakan kalau bangkai itu tidak sesuai dengan spesies burung yang dikenal. Jadi, kajian lebih lanjut akan segera dilakukan dan pengesahan dari ornitologist akan diminta.

Namun kes ini sepertinya memiliki unsur penipuan. Yang paling jelas adalah hilangnya bangkai misteri tersebut di awal penyelidikan sehingga tidak boleh diteliti lebih lanjut. Jika bangkai itu adalah itu, maka mereka yang bertanggungjawab menggabungkan badan seekor burung dengan kepala seekor anjing. Di bawah ini adalah gambar mengenai penemuan bangkai itu dari media tempatan. 

Gambar tersebut sepertinya bangkai burung yang disembunyikan tersebut telah berjaya dijumpai kembali. Kali ini mungkin para penyelidik boleh mula bekerja untuk menentukan ketulenannya.


Ini screenshot dari bangkai yang telah dijumpai:


Akan sangat menarik jika di kemudian hari burung tersebut terbukti bukan hasil penipuan.Jika ia benar, dunia memiliki spesis burung bergigi untuk pertama kalinya. (disusun semula dari blog sayaberitahu)


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template