Tuesday, May 17, 2011

Albert Pike: Mengungkap rancangan WW III


Albert Pike Freemasonry Amerika paling terkemuka pada waktu itu dan masih dipuja sebagai seorang 'Dewa' Masonik, dalam sebuah surat yang di tulis untuk Giuseppe Mazzini, seorang Freemason Itali, bertarikh 15 Ogos 1871, menghuraikan rancangan tiga perang dunia, menurutnya perang dunia perlu dalam rangka mencapai sebuah dunia yang aman. Surat ini pernah dipamerkan di the British Museum Library di London, tetapi tidak lama. William Guy Carr seorang bekas pegawai intel dalam perkhidmatan Tentera Laut Kanada, juga pengarang buku `Pawns in the Game.` Membuat salinannya. Carr meringkasnya sebagai:
surat ditulis Giuseppe Mazzini

Perang Dunia Pertama digelar untuk Illuminati boleh menggulingkan kekuasaan Tzar di Rusia dan mengubah negara tersebut menjadi kubu komunisme-Atheistik. Perselisihan antara Empayar British dan Jerman yang digerakkan oleh para Agen Illuminati dihidupkan untuk menimbulkan perang ini. Setelah perang selesai, Komunisme dibina dan digunakan untuk menghancurkan kerajaan-kerajaan lain serta untuk melemahkan agama-agama.

Perang Dunia Kedua dihasut dengan memanfaatkan perselisihan yang terjadi antara Politik Fasis dengan Zionis. Berlakunya peperangan ini maka akan menghancurkan Naziisme dan kekuatan Politik Zionis meningkat semakin kuat, dengan demikian negara Israel yang berdaulat boleh ditubuhkan di Palestine. Selama perang dunia kedua berlaku, kekuatan komunisme antarabangsa dibina sehingga kekuatannya setanding dengan kekuatan umat Kristian. Pada had ini ditahan serta diawasi sampai diperlukan dalam akhir pergolakan masyarakat.

Perang Dunia Ketiga dihasut dengan memanfaatkan perselisihan antara Politik Zionis dengan Para Pemimpin Dunia Islam yang digerakkan oleh para agen Illuminati. Peperangan diarahkan sedemikian rupa dengan mengadu-domba Islam dengan Politik Zionis (termasuk Negara Israel) yang akan saling menghancurkan, sementara pada waktu yang sama negara-negara lain, dipecah-belah untuk saling bertentangan satu-sama lain dalam masalah ini. Mereka akan dipaksa untuk berperang sampai kepada sebuah keadaan keletihan yang sempurna baik secara fizikal, mental, spiritual mahupun ekonomi. "

Image Dalam bukunya, `Terrorism And the Illuminati,`seorang penulis berwarganegara Kanada, David Livingstone lebih jauh menjelaskan mengenai maksud Albert Pike sbb:

"Kemudian Pike menjelaskan kepada Mazzini bahawa selepas Perang Dunia Ketiga selesai, sebuah pergolakan masyarakat dunia akan dicetuskan dengan skala kejadiannya lebih besar daripada yang pernah berlaku di dunia selama ini.

"Kita harus melepas kawalan ke atas Nihilis (maksudnya pengganas) dan Atheis, dan kita harus memprovokasi terjadinya sebuah pergolakan masyarakat yang menunjukkan kepada bangsa-bangsa kesan buruk dari Atheisme mutlak, kekejaman yang orisinil serta huru-hara yang paling berdarah. Dimana-mana para warganegara wajib untuk mempertahankan diri mereka sendiri melawan minoriti revolusioner dunia, membasmi pemusnah tamadun, dan terhadap kekecewaannya oleh agama Kristian, yang kepercayaan ketuhanannya mulai saat itu akan kehilangan penggunaan atau arahan, lalu mereka akan menginginkan kepercayaan baru, tetapi tanpa mengetahui apa yang harus dipercayai, lalu kami akan memberi mereka petunjuk dengan menjelmakan doktrin universal murni Lucifer, yang pada akhirnya disebar luaskan kepada masyarakat umum. 

Manifestasi ini akan dihasilkan dari gerakan reaksioner umum, yang kemudian akan terjadi kehancuran agama Kristian dan Atheisme, keduanya ditakluk dan dibasmi pada masa yang sama. "

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template