Wednesday, May 25, 2011

Al-Quran dan fizik: Rahsia besi


Harun Yahya - Besi adalah salah satu unsur yang dinyatakan secara jelas dalam Al-Quran. Dalam Surah Al Hadiid, yang bererti "besi", kita diberitahu sebagai berikut:

"... Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia ...." (Al-Quran, 57:25)

Kata "anzalnaa" yang bermaksud "kami turunkan" khusus digunakan untuk besi dalam ayat ini, dapat diertikan secara kiasan untuk menjelaskan bahawa besi diciptakan untuk memberi manfaat bagi manusia. Tapi ketika kita mempertimbangkan makna harfiah kata ini, yakni "secara bendawi diturunkan dari langit", kita akan menyedari bahawa ayat ini memiliki keajaiban ilmiah yang sangat penting.

Ini kerana penemuan astronomi moden telah mengungkap bahawa logam besi yang ditemui di bumi kita berasal dari bintang-bintang raksasa di angkasa luar.

Logam berat di alam semesta dibuat dan dihasilkan dalam inti bintang-bintang raksasa. Akan tetapi sistem tata suria kita tidak memiliki struktur yang sesuai untuk menghasilkan besi secara mandirian. Besi hanya dapat dibuat dan dihasilkan dalam bintang-bintang yang jauh lebih besar daripada matahari, yang suhunya mencapai beberapa ratus juta darjah. Ketika jumlah besi telah melampaui batas tertentu dalam sebuah bintang, bintang tersebut tidak mampu lagi menanggungnya, dan akhirnya meletup melalui peristiwa yang disebut "nova" atau "letupan supernova". Akibat dari letupan ini, meteor-meteor yang mengandung besi bertaburan di seluruh penjuru alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang hampa hingga mengalami tarikan oleh gaya graviti benda angkasa.

Semua ini menunjukkan bahawa logam besi tidak terbentuk di bumi melainkan kiriman dari bintang-bintang yang meletup di ruang angkasa melalui meteor-meteor dan "diturunkan ke bumi", seperti dinyatakan dalam ayat tersebut: Jelaslah bahwa fakta ini tidak dapat diketahui secara ilmiah pada abad ke-7 ketika Al-Quran diturunkan.

al-Hadid
الحديد
Al-Hadid.png
Informasi
ArtiBesi
KlasifikasiMadaniyah
Surah ke57
JuzJuz 27
Statistik
Jumlah ruku'4 ruku'
Jumlah ayat29 ayat

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template