Tuesday, May 3, 2011

Al Azhar kutuk tindakan AS menenggelamkan jasad Osama

HHRS 2.0 - Sheikh al-Azhar Kaherah, Mesir, Doktor Ahmad al-Tayeb mengutuk tindakan Amerika Syarikat, yang membenamkan jasad pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden ke laut dan menilainya sebagai pelanggaran atas undang-undang Islam.

"penenggelaman di laut bertentangan dengan prinsip-prinsip undang-undang Islam, nilai-nilai agama dan kemanusiaan," kata Sheikh al-Tayeb dalam sebuah kenyataan, seperti dilansir Press TV pada hari Selasa (3 / 5).

Seraya dengan itu menyatakan bahawa orang meninggal dunia harus diberi penghormatan penuh tanpa memandang bangsa atau kepercayaan mereka, Sheikh al-Tayeb menuturkan, orang meninggal juga harus dihormati selepas dikebumikan.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan dalam pidato televisyen hari Ahad bahawa Osama telah tewas oleh pasukan khas Amerika setelah dia dijumpai bersembunyi di sebuah rumah di Pakistan.

Seorang pegawai senior pertahanan AS memberitahu bahawa jasad Osama telah dibenamkan di laut selepas menggelar prosedur pengebumian Islam di dek kapal USS Carl Vinson selama satu jam. Ditambahkannya, jasadnya telah dimandikan dan dibungkus dalam kain putih, lalu dibenamkan di Laut Arab Utara.(irib)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template