Monday, May 9, 2011

30 tahun lalu Bendandi sudah ramalkan gempa bumi Jepun 11 Mac


HHRS 2.0 - Raffaele Bendandi, saintis Itali yang lahir pada 17 Oktober 1893, sudah meninggal sejak 30 tahun lalu pada 3 November 1979 dalam usia 86 tahun. Namun, nota ilmiahnya tentang ramalan gempa kini membuat warga Rom merasa gelisah. 

Selama tempoh Fasis Bendandi diangkat menjadi Knight of the Order of the Crown of Italy. Namun, dia kemudian dilarang oleh Benito Mussolini untuk menerbitkan ramalan gempa buminya. Jika tidak, maka Bendandi diancam akan dibuang ke pengasingan. 

Teori ramalan gempanya berdasarkan pada hasil gerakan gabungan beberapa planet, bulan dan Matahari. Gerakan gabungan itu yang menyebabkan pergerakan kerak bumi. Dan, menurut Bendandi, gerakan gabungan tersebut dapat diramalkan dengan baik. (konspirasi Dajjal?)

Beberapa tulisan Bendandi meramalkan gempa yang akan berlaku pada masa depan. Setelah kematiannya pada 1979, seseorang cuba untuk membakar tulisannya tersebut. Tetapi, beberapa serpihan dari tulisan yang telah dibakar itu masih berkeadaan baik. 

Pada serpihan tersebut, tertulis tahun 2011 dan 2012. Tidak ada tarikh. Tidak ada nama tempat di mana gempa akan terjadi. (konspirasi Dajjal?)

Namun, sebahagian kalangan yakin ramalan gempa tahun 2011 itu adalah gempa di Jepun yang terjadi pada 11 Mac lalu. Jika memang demikian, maka gempa dahsyat akan kembali terjadi pada 2012. Namun sayang, Bendandi tidak menyebut lokasi gempanya. 

Benar atau tidak ramalan Bendandi tersebut, isu bahawa Itali bakal diguncang gempa pada 11 Mei akan datang sudah merebak di dunia maya. Warga Itali berwaspada kerana ramalan Bendandi selama ini terbukti benar. 

Pada 1923, Bendandi meramalkan gempa akan mengguncang wilayah Adriatik tengah di Marches pada 2 Januari. Ramalannya meleset hanya dua hari kerana gempa sebenar berlaku pada tarikh 4 Januari 1924 di Senigallia. 

Dia juga meramalkan gempa bumi Friuli pada 6 Mei 1976. Bendandi juga menganggarkan gempa Marsica pada 13 Januari 1915. Gempa bumi sebenar berlaku dan menghancurkan bandar Marsica yang berpenduduk 13 ribu orang. Hanya 3,000 orang yang selamat. 

Bendandi ketika itu cuba untuk memperingatkan pihak berkuasa. Tetapi, dia diperlakukan seperti seorang dukun gila

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template