Tuesday, April 5, 2011

Versi preview Window 8 bocor !


HHRS 2.0 - Walaupun masih versi preview akan tetapi OS terbaru Microsoft iaitu Windows 8 kini telah diketahui oleh orang awam dan juga telah diketahui oleh pihak media. Memang diketahui bahawa Microsoft kini sedang mengembangkan sistem operasi terbarunya, pihak yang membangungan perisian telah menyediakan versi preview.

Salah satunya adalah user interface yang disebut ciri ribbon. Tampilannya seperti menu yang sudah digunakan pada Microsoft Office. Menu-menu drop down diganti dengan toolbar di bahagian atas. Ribbon awalnya dirancang pada Office to ciri-ciri yang dimiliki mudah diakses sehingga pengguna lebih produktif.

Namun, pengguna ribbon pada paparan sistem operasi tentunya mempunyai tujuan berbeza. Salah satunya, dengan bentuk seperti itu memudahkan pengguna dalam peranti berasaskan skrin sentuh. Sebelumnya, Microsoft memang menyatakan bahawa Windows versi berikutnya akan menyokong penuh peranti tablet.

Meski demikian, paparan ribbon ini belum pasti apakah benar akan digunakan kelak dalam versi akhir. Dilihat dari bentuknya, ia masih dalam tahap pembangunan awal dan bukan versi akhir yang akan digunakan Microsoft.

Selain ciri-ciri ribbon, user interface Windows 8 juga menampilkan rekabentuk Metro yang digunakna pada Windows Phone. User interface menunjukkan jam dan hari, termasuk ikon power management dan kemudahan akses kepada aplikasi. (lw)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template