Friday, April 1, 2011

UFO hadiri pernikahan William-Kate


Adakah nanti UFO datang di pernikahan William-Kate? Ini bukan pertanyaan bodoh. Sebabnya bekas pegawai Tentera Udara Inggeris yang kini terlibat dalam pengurusan Lembaga Kajian Unidentified Flying Object (UFO) George Filer mengatakan bahawa kemungkinan UFO akan datang di pernikahan tersebut.

Filer mengatakan bahawa UFO sering datang di pelbagai peristiwa penting dunia. "Sepertinya UFO mempunyai minat pada semua hal penting. Terakhir, mereka kelihatan di langit Libya dan di dekat lokasi terjadinya tsunami Jepun," kata Filer yang berbangsa Amerika ini.

Terdapat 2 alasan penting yang menguatkan pendapat Filer. Pertama, beberapa minggu lalu UFO tampak di Selat Inggeris, seperti dilaporkan salah satu anggota Tentera Udara Inggeris. Kedua, keluarga kerajaan Inggeris sendiri memiliki ketertarikan akan UFO.

Ia menceritakan pengalamannya bertemu dengan Putera Philip tahun 1960-an. "Itu sekitar tahun 1961 atau 1962. Dia menemui kita setelah makan malam dan ingin berbicara tentang UFO. Beliau berkata bahawa tentera udara berhenti menghantar armada kerana beberapa tak kembali," katanya.

Mengulas apa yang dikatakan Filer, investigator crop circle Colin Andrews mengatakan bahawa keluarga kerajaan memang menaruh perhatian pada masalah UFO dan alien. "Putera Philip dan Ratu sepertinya tertarik pada masalah ini. Dan sepertinya minat mereka didasari pengalaman peribadi."

Filer mendakwa bahawa dirinya boleh melihat 1,000 UFO setiap bulan. Pada beberapa minggu terakhir, berdasarkan laporan pilot AU Inggeris, jumlah UFO yang terlihat semakin banyak. Nah, akankah UFO benar-benar datang pada pernikahan William Kate?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template