Saturday, April 16, 2011

Terkini PRN Sarawak: Pasca buang undi, pencacai2 SPR cari jalan untuk menangkan BN

SPR cuba ubah keputusan pilihan raya? -Saifuddin
Oleh Keadilandaily

KUCHING: Satu penipuan terancang sedang dilakukan oleh SPR bagi mengubah keputusan pilihanraya Negeri Sarawak, dengan enggan memberi salinan Borang 14 kepada petugas Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution.

Borang 14 ialah borang jumlah pengiraan di peti-peti undi. Menurut undang-undang, salinan borang yang ditandatangani itu mestilah diserah kepada petugas parti-parti yang bertanding.

Hak utk mendapatkan Borang 14 adalah mengikut peraturan 25 (12) (B) ii undang2 perjalanan pilihanraya 1981.


“Kami banyak menerima laporan bahawa pegawai-pegawai SPR enggan menyerahkan Borang 14 kepada kebanyakan petugas-petugas KEADILAN dan DAP. Ini tidak mustahil adalah satu bentuk penipuan bagi mengubah keputusan awal,” kata Saifuddin.
Menurut Saifuddin, motif ini semakin jelas apabila Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membuat kenyuataan bahawa jangan mempercayai laporan SMS dan Twitter.
“SMS dan Tweeter melaporkan jumlah pengiraan undi berdasarkan perkiraan dari peti-peti undi yang didapati dari petugas-petugas. Kenapa beliau harus bimbang dengan laporan SMS ini jika beliau tidak mempunyai niat untuk mengubah keputusan?” tanya Saifuddin.
Tambahan pula malam tadi, Aziz memberi amaran melalui berita TV supaya petugas-petugas parti tidak mengganggu tugas SPR. 



Pergi mampos sama SPR!


Jika pakatan kalah disebabkan penipuan oleh SPR


tiada jalan lain, kecuali turun ke jalan raya!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template