Thursday, April 14, 2011

Teori konspirasi: Catur dan Stargate projek ( Bahagian 2)

Image

HHRS 2.0 - Secara rasmi Ingo Swann pun menjadi objek kajian bagi Profesor Targ dan Puthoff. Dalam berbagai uji kaji yang dilakukan, dengan pelbagai kaedah dan alat di makmal yang dirahsiakan, didapati kemampuan Ingo Swann ternyata memang luar biasa. Dengan kekuatan fikirannya, dia mampu melakukan remote viewing (melihat dari jarak jauh) yang tidak dimiliki oleh orang-orang istimewa yang lain. Hanya dengan tidur di bilik makmal, Ingo Swann mampu 'melihat' di balik dinding planet Jupiter dan mendeskripsikan dengan ketepatan yang tinggi sifat kimia dan fizikal planet tersebut.

Selama bertahun-tahun belum ada orang yang kemampuannya menandingi Ingo Swann sehingga dirinya digelar menjadi "Remote Viewing".

Stargate Project sesungguhnya merupakan sebuah nama, the umbrella code name, bagi sejumlah kajian tentera yang dilakukan kerajaan AS berkaitan dengan kemampuan supranatural namun tidak tertutup kemungkinan juga nantinya digunakan dalam bidang-bidang di luar ketenteraan. Projek Stargate melingkupi kajian tentang Remote Viewing (kemampuan melihat dari jarak jauh, atau mendapatkan sesuatu maklumat tertentu dari jarak jauh tanpa perlu berada di lokasi), Precognition (meramalkan suatu peristiwa yang akan terjadi di masa akan datang), dan juga Telekinesis (kemampuan untuk memindahkan sebuah objek tanpa harus menyentuhnya).

Secara rasmi, Washington mengatakan jika projek ini bermula pada tahun 1970 dan diakhiri pada tahun 1995-an. Tentu saja, keterangan Washington sukar dipercayai kerana dari fakta yang ada, projek sejenis sudah ditemui di era sebelum Perang Dunia II meletus.

Misalnya, pada tahun 1939-1940, University of Chicago menjadi tuan rumah siri seminar rahsia dalam hal kawalan fikiran dan komunikasi. Seminar ini dibiayai Rockefeller Foundation dan melibatkan sejumlah penyelidik paling menonjol di bidang komunikasi dan kajian sosiologis. Salah satu sarjana adalah Harold Lasswell, seorang saintis politik terkemuka Amerika dan teori komunikasi, yang mengkhususkan diri dalam analisis propaganda. Ia juga berpendapat bahawa demokrasi, kerajaan yang diperintah oleh rakyat, tidak boleh mempertahankan dirinya sendiri tanpa adanya suatu hegemoni elit khusus yang membentuk pandangan awam melalui propaganda.

Dalam buku Encyclopaedia of the Social Sciences, Lasswell menjelaskan jika ahli politik ingin mengawal dan memaksakan ketaatan dari masyarakat, maka mereka perlu menggunakan "teknik kawalan baru, terutama melalui propaganda."

Bagi orang kebanyakan, projek ini jelas berkesan. Apatah lagi rangkaian media massa yang diperkudakan mereka, Washington menyatakan hal ini hanya rekaan orang-orang yang paranoid terhadap teori konspirasi. Mereka juga membuat artikel-artikel yang dengan gaya hiperbolik dan menyatakan jika Projek Stargate memang benar wujud dan disokong oleh jutaan paranormal dan dana yang tidak terbatas. Mereka yang kritis tentu tidak mempercayai maklumat yang sedemikian berlebihan ini. Dan akhirnya, masyarakat menjadi tidak percaya dengan hal ini.

Sepanjang sejarahnya, elit Yahudi memang sentiasa bermain di kedua-dua belah sisi, di satu sisi mereka kelihatan anti namun di sisi lain mereka sangat pro, bahkan sengaja dibuat dan terlalu berlebihan. Semua ini dilakukan mereka dalam rangka melindungi fakta-fakta yang sebenarnya.

Kisah-kisah tentang Stargate Project, seperti halnya MK Ultra dan HAARP, sehingga kini masih banyak diliputi misteri. Seperti projek rahsia yang lain, walau banyak serpihan yang boleh dirangkai menjadi satu gambaran yang mendekati utuh, namun untuk mendapati satu gambaran yang sungguh-sunguh sempurna, memang teramat sukar.

Stargate Project oleh para penyelidik dimasukkan ke dalam bidang mind controlling project, projek kawalan fikiran, yang merangkumi banyak hal. Kita boleh mencari banyak artikel mengenai hal ini di internet di mana akan kita dapati hubungan antara kawalan fikiran dengan filem (filem kartun hingga film dewasa), muzik (antara lain lewat memasukkan mesej tersembunyi di dalam lagu atau pidato lewat teknik backmasking), televisyen, buku dan majalah, iklan produk dalam rentang yang luas, dan sebagainya. Teknik ini digunakan sudah lama dan terus dikembangkan hingga sekarang, dalam kehidupan masyarakat awam mahu pun dalam bidang ketenteraan. (konspirasi)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template