Wednesday, April 20, 2011

Tarif air naik: Terima kasih penyokong Barisan Nasional

Tindakan zalim kerajaan Melaka naikkan tarif air-Shamsul


Keadilandaily - Ketika Pakatan Rakyat Selangor berusaha memberikan air percuma dan bermatian ingin mengambil alih konsesi air bagi mengembalikan hak kepada rakyat, kerajaan BN di Melaka pula sewenangnya menaikan tarif air tanpa membuat sebarang pengumuman.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, keputusan menaikkan tarif air sebanyak 5 hingga 25 sen merupakan satu tindakan zalim kerajaan pimpinan Datuk Seri Ali Rustam kepada rakyat negeri itu.
“Kezaliman dan tindakan yang diambil kerajaan negeri Melaka ini bercanggah dengan slogan yang diuar-uarkan ‘Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
“Saya mewakili rakyat Melaka merasa kesal kerana kerajaan menambah beban ekonomi kepada mereka tanpa memikirkan kesusahan yang ditanggung rakyat.
“Di bawah BN, rakyat sering dihidangkan dengan kenaikkan harga termasuk keperluan harian dan petrol, tetapi tidak pula mencari jalan untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat,” ujarnya yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Sementara itu, Shamsul menyeru rakyat Melaka supaya mengambil pengajaran dan iktibar atas tindakan zalim itu, dalam membuat keputusan memilih kerajaan pada pilihan raya umum nanti.
“Saya ingin rakyat Melaka buat pengajaran terhadap komitmen dan kurangnya prihatin daripada BN. Rakyat perlu buka mata dan bandingkan sama ada masih ingin memilih BN atau Pakatan Rakyat (PR) bagi PRU 13 nanti,” katanya.
Beliau dalam masa yang sama juga tidak menolak berlaku penyelewengan dalam Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB) berikutan kenaikkan tarif air kerana syarikat tersebut pernah mengalami masalah sebelum dilantik semula oleh kerajaan pusat bagi mengambil alih pengurusan air di negeri itu.
“Ini semua kerana ada masalah dalam pengurusan yang tidak dilakukan dengan efisyen dan wujud penyelewengan.
“Rekod sebelum ini, syarikat tersebut memang bermasalah sehingga kerajaan Melaka terpaksa menjual kepada kerajaan pusat, tetapi kerjaan pusat memberi semula kepada syarikat tersebut untuk urus tadbir air Melaka,” katanya.
Dilaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB), Mohd Khalid Nasir, mengesahkan memang terdapat ‘penyelarasan’ terhadap tarif air berdasarkan arahan yang dikeluarkan pusat.
Hhrs2.0 - Jika Pakatan Rakyat Memerintah, sampai mampos tak naik air. Malah kasi air percuma lagi seperti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Terima Kasih kepada penyokong Barisan Nasional. Anda terbaekkk, hahaha...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template