Thursday, April 7, 2011

SPRM ucap takziah

MK - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan seluruh ahli keluarga Allayarham Ahmad Sarbani Mohamed, pegawai kastam yang ditemui mati di perkarangan bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini. 

"Saya selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM turut merasa sedih dan bersimpati atas kejadian yang berlaku.

"SPRM akan menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh mengenai perkara ini," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed. 

"Kami juga telah menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis untuk menjalankan siasatan punca kematian dan SPRM akan memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam siasatan tersebut. 

NONE
"Kami juga berharap perkara ini tidak dieksploitasi atau dimanipulasikan pihak-pihak tertentu untuk kepentingan peribadi mereka," tambahnya.

Ahmad Sarbani, 56, yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.
Allahyarham berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.
Pegawai kanan kastam itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template