Tuesday, April 5, 2011

Spesis baru ikan pari Amazon ditemui


HHRS 2.0 - Ahli biolog berjaya menjumpai 2 spesies ikan pari air tawar baru dari hutan Amazon. Kedua-dua pari tersebut secara tidak formal disebut sebagai pari penkek kerana bentuknya seperti penkek namun berukuran raksasa.

Kedua-dua spesies tersebut berukuran cukup besar, dinamakan Heliotrygon gomesi dan Heliotrygon rosai. Spesimen Heliotrygon gomesi ditemui di kawasan hutan hujan tropika berhampiran Iquitos, Peru.

Famili ikan jenis tersebut, terdiri dari ikan pari air tawar di kawasan-kawasan tropika yang disebut New World, memang dikenali berukuran cukup besar. Ikan pari air tawar ada yang boleh mencapai saiz diameter 1.5 meter ketika dewasa.

Penemuan itu diterbitkan di jurnal Zootaxa edisi 24 Februari 2011. Peneliti sangat terkesan dengan hasil kajian tersebut. Penemuan ini membuktikan bahawa hutan Amazon belum sepenuhnya diterokai dan didokumenkan.

Nathan Lovejoy dari Universiti Toronto berkata, "Hal terpenting yang diberitahukan kajian ini adalah masih adanya ikan-ikan besar lain di Amazon yang belum ditemui dan dideskripsikan."

Selain unik kerana bentuknya yang mirip pancake, ikan pari ini juga berbeza kerana ukurannya yang relatif besar, memiliki celah pada bahagian perutnya dan struktur seperti duri di ekornya. (kompas)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template