Wednesday, April 6, 2011

Seorang lagi mati jatuh dari bangunan SPRM



KD - Selepas kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati selepas jatuh daripada  tingkat 14 pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam tahun lalu, seorang lagi saksi yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati jatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.
Mangsa tersebut, seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dikatakan dipanggil untuk membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar.
Sebuah portal melaporkan pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke bangunan SPRM untuk bertemu pegawai penyiasat selepas dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.
Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata mayat pegawai kastam berkenaan ditemui di tingkat bawah bangunan itu pada jam 10.15 pagi ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template