Saturday, April 23, 2011

Santai: Asal usul bahasa manusia didedahkan


HHRS 2.0 - Sebuah kajian yang baru-baru ini dikeluarkan mendedahkan misteri asal usul bahasa yang digunakan manusia. Science Magazine edisi 15 April 2011 mendedahkan, bahasa yang digunakan oleh manusia pertama kali muncul di selatan Afrika. Dari sanalah kemudian Bahasa ini tersebar ke seluruh dunia.

Penyelidik dari Universiti Auckland, New Zealand, Quentin Atkinson, melakukan kajian dengan menelusuri rekam jejak bahasa dengan cara memecah 504 bahasa ke dalam komponen terkecilnya yang disebut sebagai fonem. Fonem berasal dari bahasa Latin, phonema, yang bermaksud suara yang diucapkan. Penelitian menunjukkan, semakin beragamnya fonem yang dimiliki oleh sesuatu bahasa menunjukan bahasa itu menjadi sumber dari bahasa-bahasa lain yang lebih sedikit mempunyai fonem.

Penelitiannya sampai pada kesimpulan bahawa semakin jauh sekelompok manusia berkelana dari Afrika dalam rekam jejak sejarahnya, semakin sedikit fonem yang digunakan dalam bahasa mereka. Ini mengartikan bahawa sebagaimana diramalkan dalam kajian tersebut, bahasa-bahasa di Amerika Selatan dan Kepulauan Pasifik mempunyai fonem paling sedikit, sedangkan bahasa-bahasa di Afrika mempunyai fonem terbanyak.

Ternyata, pola ini juga mempunyai persamaan dengan kajian terhadap genetik manusia. Sebagaimana dipaparkan sebagai peraturan umum, semakin jauh seseorang keluar dari Afrika, yang dianggap secara meluas sebagai asal usul nenek moyang manusia, semakin kecil perbezaan antara individu dalam populasi kumpulan individu tersebut bila dibandingkan dengan kepelbagaian di daerah asalnya, Afrika.

Pengajian Atkinson ini menggunakan kaedah statistik mutakhir yang sama untuk mengonstruksikan pohon genetik berdasarkan urutan DNA. Mengenai penggunaan kaedah statistik ini dalam mencari sumber bahasa manusia, seorang ahli bahasa, Brian D Joseph dari Universiti Ohio, ia adalahsebagai sumber wawasan baru dalam kajian di bidangnya.

"Saya rasa kita sudah seharusnya memerhatikan hal ini dengan seirus walaupun masih ada orang yang akan menolaknya," ujar Joseph.

Sebagai maklumat tambahan, kajian yang dilakukan Atkinson ini unik kerana berusaha mencari akar bahasa dari waktu yang sangat lampau. Tentang umur bahasa pun masih menjadi soal perdebatan kerana di lain sisi dijumpai fakta sementara bahawa umur bahasa telah mencapai 50000 tahun.Namun, di lain sisi beberapa ahli bahasa yang lain juga masih skeptical dengan fakta sementara itu. Mereka menemukan faktor lain iaitu "perkembangan dari kata-kata yang sangat cepat" sehingga kemungkinan umur bahasa sendiri tidak lebih dari 10000 tahun lamanya.(HUFFINGTON POST)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template