Saturday, April 2, 2011

Santai: 12 sebab kenapa tidur itu penting


HHRS 2.0 - Tidur memang sangat diperlukan untuk setiap mahluk hidup, kerana setelah melakukan aktiviti tentu tubuh memerlukan istirahat, tidur merupakan cara berehat yang terbaik untuk tubuh. Selain itu, dengan tidur kita akan dapat memperoleh manfaat sihat yang sangat berguna untuk tubuh.

Pada tahun 1913, saintis Perancis Henri Pieron menulis buku Le physiologique sommeil du probleme. Ini adalah tulisan pertama untuk mengkaji tidur dari perspektif fisiologi. Karyanya dianggap sebagai awal dari pendekatan moden untuk penyelidikan tentang tidur.

Dr Nathaniel Kleitman, yang dikenali sebagai "Bapa Penyelidikan Tidur Amerika", mengawali penelitiannya di Chicago pada 1920 dengan mempersoalkan peraturan tentang tidur, terjaga, dan ritme sirkardian. Penyelidikan penting Kleitman meliputi kajian ciri-ciri tidur pada penduduk yang berbeza serta kesan daripada kurang tidur. Pada 1953, dia dan muridnya, Dr Eugene Aserinsky, menemukan hal penting, yakni mekanisme rapid eye movement (REM) saat tidur. Menurut Kleitman, pada masa lalu, manfaat tidur sering kali diabaikan. Munculnya pemahaman tentang pentingnya tidur bagi kesihatan pun terbilang masih baru. Padahal, ketika seseorang tidur kurang daripada enam atau tujuh jam setiap malam, risiko terkena penyakit akan meningkat.

Berikut ini adalah 12 alasan mengapa tidur penting bagi kesihatan anda:

1. Jantung sihat. Jantung anda akan lebih sihat jika anda mendapatkan antara tujuh dan sembilan jam tidur setiap malam. Ini membantu menenangkan sistem saraf dan menghilangkan stres akibat kesibukan kerja.

2. Mengurangkan risiko kanser. Orang yang bekerja sif malam berisiko lebih tinggi terkena kanser payudara dan kanser usus besar. Para penyelidik percaya bahawa ini disebabkan perbezaan tahap hormon melatonin pada orang yang terkena cahaya lampu di malam hari.

Paparan cahaya lampu dapat mengurangkan kadar melatonin. Melatonin merupakan hormon yang melindungi tubuh dari kanser. Melatonin muncul untuk menekan pertumbuhan tumor. Pastikan bahawa bilik tidur anda gelap untuk membantu tubuh anda menghasilkan melatonin yang diperlukan.

3. Mengurangkan risiko hipertension. Stres juga disebabkan oleh kekurangan tidur. Seseorang yang mengalami stres boleh berakibat buruk jika berpanjangan kerana fungsi tubuh selalu dalam siap sedia tinggi. Hal ini menyebabkan peningkatan tekanan darah dan peningkatan pengeluaran hormon stres.

4. Melambatkan penuaan. Hormon-hormon stress juga membuat lebih sukar bagi anda untuk tidur. Anda berada di lingkaran berbahaya. Hormon stres juga boleh mengganggu keseimbangan hormon-hormon lain sehingga mempercepat proses penyakit dan proses penuaan.

5. Kewaspadaan. Tidur nyenyak pada malam hari membuat sistem dalaman anda seperti sistem kekebalan tubuh menjadi lebih waspada dan hidup.

6. Tajamkan ingatan. Saat bermimpi dan tidur nyenyak adalah waktu yang penting bagi otak anda untuk berehat. Mendapatkan tidur lebih berkualiti akan membantu anda mengingati lebih baik.

7. Turunkan berat badan. Mereka yang tidur kurang dari tujuh jam pada malam lebih mungkin berat badannya naik. Kurang tidur juga berdampak terhadap keseimbangan hormon dalam tubuh yang memengaruhi nafsu makan. Hormon ghrelin dan leptin, yang seharusnya penting untuk tatacara nafsu makan, menjadi terganggu akibat kurang tidur.

8. Cegah sakit jantung. Tidur siang hari menjadi alternatif yang berkesan untuk melindungi kesihatan dan membuat anda lebih produktif. Sebuah penelitian terhadap 24.000 orang dewasa di Greece menunjukkan bahawa orang yang tidur siang beberapa kali seminggu berisiko yang lebih rendah kematian akibat penyakit jantung.

9. Tingkat stres rendah. Orang-orang yang tidur siang di tempat kerja memiliki tingkat stres jauh lebih rendah. Tidur siang juga meningkatkan memori, fungsi kognitif, dan suasana hati. Tidur siang hari, yang kadang disebut "kekuatan tidur siang", adalah salah satu rahsia kejayaan presiden ke-40 Amerika Syarikat, Ronald Reagan.

10. Turunkan risiko kemurungan. Tidur memengaruhi banyak unsur kimia dalam tubuh anda, termasuk serotonin. Orang yang kekurangan serotonin biasanya akan menderita depresi. Anda boleh membantu mencegah kemurungan dengan memastikan anda memperoleh jumlah tidur yang tepat.

11. Menyembuhkan. Tidur adalah waktu bagi tubuh anda untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan stres, sinar ultraviolet, dan paparan zat berbahaya yang lain. Tidur juga merupakan masa untuk membuang racun yang terkumpul selama beraktivitas seharian.

12. Menghasilkan protein lebih banyak. Sel-sel anda biasanya akan menghasilkan lebih banyak protein apabila anda sedang tidur. Molekul membentuk blok bangunan untuk sel, yang membolehkan mereka untuk memperbaiki kerosakan. Tidur menyembuhkan sakit kepala ataupun selesema. (lw)

1 comments:

muhd mushaiee on January 29, 2013 at 10:19 PM said...

sangat berinformasi...nk mntk share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template