Tuesday, April 26, 2011

Sai Baba meninggal dunia

HHRS 2.0 - Pada malam (24/4/2011) Sai Baba dikhabarkan telah meninggal dunia akibat masalah pernafasan. Mahaguru India itu yang nama sebenarnya Sathyanarayana Raju ini disambut penghormatan terakhir dari para pengikutnya di bandar Puttaparthi.

Dikutip dari laman Express India, pada 24 April 2011, lelaki berusia 86 tahun itu meninggal dunia setelah mengalami masalah pernafasan di institut perubatan Sri Sathya Sai di daerah Anantapur, Andhra Pradesh. Di daerah inilah berdiri kuil megah Saibaba di bandar Puttaparthi.

Baba yang menganggap dirinya sebagai reinkarnasi seorang tokoh suci aliran Maharashtri, iaitu Sai Baba dari Shirdi-yang ajarannya menggabungkan Hindu dan Islam, telah dirawat sejak 28 Mac lalu. Setelah beberapa minggu bertahan hidup menggunakan alat bantu pernafasan, ginjalnya berhenti berfungsi dan kesihatannya semakin teruk. Akhirnya, hatinya tidak lagi berfungsi.

Sai Baba memiliki berjuta-juta pengikut di serata benua, mulai dari usahawan, ahli politik, hingga perdana menteri, Sai Baba dianggap sebagai manusia setengah dewa, guru spritual, dan pencipta mukjizat. Dia terkenal kerap menyelenggarakan serangkaian kegiatan amal, seperti membina sekolah percuma, rumah sakit dan lain-lain untuk membantu banyak orang di India dan negara-negara lain.

Ketenaran Baba di bandar Puttaparthi tidak diragukan lagi. Kerajaan tempatan Andrha Pradesh mengumumkan empat hari berkabung di atas kematian Baba. Pelbagai kedai-kedai dan pusat perniagaan menutup usaha mereka untuk menghormati lelaki yang telah mereka anggap titisan Tuhan tersebut.

Dilaporkan Baba akan dikuburkan pada Rabu pagi, 27 April 2011, di balai Sai Kulwant di komplek Prashanti Nilayam. Puluhan ribu orang datang ke Puttaparthi untuk memberikan penghormatan terakhir. Diantara mereka kelihatan tidak dapat menahan tangisan dan tidak percaya bahawa Baba telah meninggal dunia.

"Swami (Baba) masih disini dan belum meninggalkan kita. Hanyalah bentuk fizikalnya saja yang meninggal," ujar seorang penjual bunga, Papamma, yang mengaku dapat makan tiga kali sehari berkat Baba, dilansir dari laman Hindustan Times.

Seorang pengikut Baba dari Jerman, Nanda Deepa, yang juga datang menziarah mengatakan bahawa dia tidak bersedih Baba telah meninggal. "Saya tidak bersedih dia telah tiada, dia hanya berubah bentuk. Ini adalah kelahiran semula, dia tetap akan berada di hati kita," ujarnya.

Sempat terjadi kekecohan pada malam tersebut kerana ramai pelawat yang datang. Dianggarkan terdapat lebih daripada 50,000 orang yang berada di luar kediaman Baba. Polis dikerahkan dan telah memasang penghalang serta bertindak tegas para perusuh.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template