Wednesday, April 20, 2011

RON 95: Belum ada "CADANGAN" menaikkan harga minyak

HHRS 2.0 - Harga minyak naik, tetapi kerajaan BN kata mereka ada formula untuk kurangkan beban rakyat, kahakah kah...formula sifir apa tu? tak ada formula dalam dunia ini untuk membantu rakyat melarat akibat kesan kenaikkan minyak. Formula yang terbaik adalah turunkan harga minyak!

"Kalaulah nanti betul ada kenaikan, kerajaan akan membuat yang terbaik dan jika ada kenaikan sekalipun, ia tidak akan ketara sebab kerajaan mempunyai formula yang akan digunakan untuk pastikan rakyat tidak akan terbeban," 

Belum ada cadangan naikkan harga RON95

Malaysiakini - Kerajaan masih mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.90 seliter dan belum bercadang untuk menaikannya, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim meminta rakyat mengetepikan khabar angin mengenai kenaikan bahan api itu.

petrol price hike before increase panic consumers 040608 02"Setakat saya menjawab ini belum ada lagi keputusan untuk menaikkan harga RON95. Jadi khabar-khabar itu kita ketepikan dan Yang Berhormat semua boleh maklumkan (kepada rakyat) setakat ini kerajaan masih mengekalkan harga sedia ada," katanya menjawab soalan Senator Khoo Soo Seang yang ingin tahu apakah benar kerajaan akan menaikkan harga RON95 serta kenapa perlu dinaikkan sedangkan rakyat beranggapan kenaikan harga minyak mentah dunia di pasaran antarabangsa mendatangkan keuntungan kepada negara, dan sekiranya harga perlu dinaikkan apakah mekanisme untuk kerajaan menerangkan alasan itu kepada rakyat.

Rohani berkata walaupun peningkatan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa dilihat menguntungkan, harga runcit di pam masih lagi ditentukan oleh kerajaan yang terpaksa menanggung subsidi lebih tinggi.

oil world market 141008 04Beliau berkata peningkatan harga minyak mentah dunia telah mengakibatkan tanggungan subsidi kerajaan meningkat kepada RM14 bilion berbanding peruntukan asal RM10 bilion untuk tahun ini.

Berhubung mekanisme untuk memaklumkan kepada rakyat sekiranya kerajaan perlu menaikkan harga bahan bakar itu, Rohani berkata ia adalah strategi yang biasa di bawah rasionalisasi harga. 

"Kalaulah nanti betul ada kenaikan, kerajaan akan membuat yang terbaik dan jika ada kenaikan sekalipun, ia tidak akan ketara sebab kerajaan mempunyai formula yang akan digunakan untuk pastikan rakyat tidak akan terbeban," katanya. (bernama)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template