Wednesday, April 6, 2011

Radioaktif dikesan dalam air minuman di US

[logo] US EPA
HHRS 2.0 - Iodin radioaktif telah dijumpai dalam contoh air minuman di dua negari bahagian wilayah barat laut Amerika Syarikat.

Menurut Badan Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA), tahap radioaktif yang diperiksa berada jauh di bawah paras normal.

Contoh air minuman dari dua lokasi-Boise di Idaho, dan Richland di Washington-menunjukkan jumlah iodin 131 sekitar 0.2 pikokuri per liter dalam setiap contohnya.

"Jika seseorang meminum sebanyak 7000 liter air tersebut, akan terkena dos radiasi yang menyamai jumlah radiasi dialami dalam satu hari, yang kita dapatkan secara beransur-ansur dari sumber radioaktif di lingkungan kami," kata EPA dalam pernyataannya.

Akibat dari insiden di letupan reaktor, sejumlah pemantau EPA telah menemui zat radioaktif dalam tahap yang sangat rendah di AS.

EPA telah meningkatkan pemantauan terhadap curahan hujan, susu, dan air minuman di negara itu. (xinhua/kompas)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template