Thursday, April 21, 2011

Polis pakai cermin mata Robocop. Juga amat sesuai digunakan dalam pilihan raya


HHRS 2.0 - Teknologi yang dimiliki anggota polis Brazil iaitu cermin mata Robocop untuk mengecam muka penjenayah adalah amat sesuai digunakan dalam pilihan raya di Malaysia. Boleh digunakan untuk menangkap pengundi yang datang buang undi lebih sekali serta pengundi hantu. Semestinya alat ini sangat bahaya seperti bahayanya dakwat kekal, hahaha...

Untuk mempersiapkan strategi keselamatan menjelang World Cup 2014 dan Sukan Olimpik 2016, polis di Brazil akan dilengkapi cermin mata khusus. Dengan cermin mata ala Robocop itu membolehkan anggota polis mengecam wajah penjahat di tengah orang ramai.
Dalam jarak sekitar 45 meter, cermin mata Robocop boleh mengimbas 400 wajah pada saat, membandingkan 46,000 titik biometrik dengan data pengganas dan pelaku jenayah lain. Ketika ada wajah yang berjaya dikenali, cahaya merah akan muncul di dalam rangka.

Cermin mata ini sudah diuji oleh pegawai polis Rio de Janeiro dan Sao Paolo. Cermin mata Robocop dianggap salah satu penyelesaian tepat di Brazil dalam hal menyelesaikan masalah mencari penjenayah.

Dalam beberapa waktu terakhir, tingkat keselamatan di Brazil selalu dipertingkatkan kerana ia menjadi destinasi pelancongan antarabangsa. Rio juga akan jadi tuan rumah Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik 2016. Polis berharap pada saat itu teknologi ini sudah sedia untuk digunakan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template