Friday, April 15, 2011

Petugas BN Sarawak buat provokasi, polis tengok saja…

Calon KEADILAN DUN Balingian, Suriati bersama dua penyokong membuat laporan polis berikutan provokasi petugas BN
Keadilandaily -  Kekacauan dan provokasi melampau penyokong Barisan Nasional (BN) ketika program ceramah KEADILAN di Bandar Mukah dengan polis ‘menutup mata’, membuktikan lagi BN terdesak, kata Calon KEADILAN Balingian, Suriati Abdullah.
“Saya kecewa dengan polis yang berada di tempat tersebut tetapi tidak mengendahkan kejadian yang berlaku, malah membiar pelakuan petugas BN.
“Ceramah mendapat kelulusan polis tapi dibatal apabila kehadiran ramai orang. Petugas BN mengugut pemilik rumah, Allment July di kampung Tega Mukah supa tidak mengadakan ceramah jika mahu selamat,” katanya.
Bila pro BN buat provokasi, polis tengok saja. Bila PR buat laporan, polis buat...Beliau terkejut dengan ugutan penyokong BN itu dan membuat laporan polis tetapi terpaksa membatalkan ceramah demi keselamatan tuan rumah sekeluarga dan seluruh jentera Pakatan Rakyat.
Suriati meminta polis supaya menjalankan tanggungjawab secara adil, profesional dan tidak berat sebelah.
“Saya harap polis berlaku adil serta mengambil tindakan terhadap kebiadapan dan tidak bermoral yang menghalang demokrasi dan kebebasan di negara ini yang dilakukan oleh petugas-petugas BN,” katanya.
Beliau berkata, suasana itu memberi gambaran betapa pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian selama ini tertekan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai penyandang kerusi.

2 comments:

leekonyou on April 15, 2011 at 9:45 PM said...

DAP Menang Di Sarawak Esok, Peniaga Cina Gulung Tikaq!


"bro, if DAP sweep into power, the local Chinese business people can bungkus! there will be an influx of Peninsula Chinamen who have been financing the DAP. They will sweep away the local Sarawak Chinese business community. Anyway, the local Chinaman gets what they deserve!pas as usual Hampass"


Begitulah sms yang AS terima dari rakan disana yang bunyinya sungguh menakutkan sekali terutamanya kepada peniaga bangsa cina di Sarawak. AS agak setuju dengan sms diatas kerana DAP dipengaruhi dan diberi dana dari tokey-tokey, gengster, kongsi gelap serta perjudian haram dari Semenanjung.

Jika DAP perintah Sarawak, maka komuniti perniagaan bangsa cina di Sarawak pasti akan terjejas kerana akan dimonopoli oleh peniaga dari Semenanjung. Jangan tersalah pilih esok, anda akan merana jika salah pilih. Tinggi harga yang perlu dibayar.
Garapan Anak Seberang at Friday, April 15, 2011

Anonymous said...

BS! sudah lama kekayaan Sarawak dimonopoli oleh segelintir minoriti, yang ironiknya sarawak negeri paling besar kaya dengan hasil bumi tapi rakyatnya masih ada yang tak pernah merasa hatta bekalan paip air dan elektrik. sudah lama rakyat sarawak membayar harga yang tinggi, kerana memilih pemimpin yang sedia ada. Rakyat sarawak takkan tersalah pilih lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template