Friday, April 1, 2011

Petrol RON 97 naik 20 sen malam ini?


Terima kasih. Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan

KUALA LUMPUR: Wujud desas desus kemungkinan harga petrol RON 97 naik malam ini, untuk kali ketiga dalam tahun ini, menjadikan harganya RM2.70 seliter.
Hal ini banyak dipapar dalam potral berita dan laman sosial facebook dan dikecam masyarakat.
Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.
Mengikut Malaysian Insider, kenaikan malam ini akan melibatkan pertambahan 20 sen setiap liter.
“Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini,” kata sumber kepada portal berita itu.
Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.
Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.
Kenaikan itu bertentangan dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga petrol sebaik sahaja mengambil alih kerajaan Persekutuan, kelak.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10411

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template