Sunday, April 17, 2011

Pelahap mengejar kuasa, gelojoh angkat sumpah Ketua Menteri

Angkat sumpah terburu-buru Taib Mahmud bukti Najib tunduk


Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada Tan Sri Taib Mahmud, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua merujuk kepada perbuatan Ketua Menteri Sarawak itu yang terburu-buru membuat acara angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak untuk penggal kelapan.
Tengah malam tadi, Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak 30 minit selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10.
Tian Chua percaya perbuatan itu menunjukkan Ketua Menteri Sarawak paling lama berkuasa dalam sejarah Malaysia, akan terus berkuasa di Sarawak berikutan Najib gagal memaksa Taib Mahmud berundur.
“Taib menganggap kemenangan itu memberi sekali lagi mandat kepada beliau untuk memerintah di Sarawak bagi penggal kelapan. Keengganan melepaskan jawatan itu menyebabkan Najib tidak mampu berbuat apa-apa.
“Taib berjaya kalahkan Najib yang sibuk berkempen bagi menjatuhkan beliau. Walaupun PRN kali ini, prestasi BN paling teruk di Sarawak tapi Najib terpaksa akur.
“BN sebenarnya dalam dilema kerana sudah berjanji dengan rakyat untuk mengundurkan Taib tapi hal sebaliknya berlaku,” katanya kepadaKeadilanDaily, hari ini.
Dulu Taib Mahmud berjanji berhenti pada 2000; kini buat janji lagi.
Tian Chua menganggap perbuatan Taib Mahmud mengumumkan pengundurannya pada pertengahan penggal beberapa jam selepas mengangkat sumpah secara terburu-buru, membuktikan beliau mahu terus berkuasa.
“Taib akan cari pengganti yang taat kepadanya tapi bukan kepada Najib. Itu sebab beliau tidak mahu lagi undur diri. Pastinya, orang itu adalah penyokong beliau untuk selama-lamanya,” kata Ahli Parlimen Batu itu.
Media arus perdana pada  7 November 1995 melaporkan Taib Mahmud akan berundur selepas lima tahun memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak  tetapi Taib  tidak berbuat demikian apabila penggalnya berakhir pada 2000, malah Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad gagal mengawal beliau.
“Kalau Dr Mahathir sendiri pun tidak mampu mendesak pengunduran Taib, apatah lagi Najib yang dilihat lemah dan tidak pernah dipilih rakyat melalui pilihan raya, dan cuma mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Pak Lah,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini.


1 comments:

leekonyou on April 17, 2011 at 6:09 PM said...

N.AJIS pong sama jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template