Wednesday, April 27, 2011

Patung gergasi Raja Firaun ditemui di Mesir

HHRS 2.0 - Ahli arkeologi berjaya menemui patung raksasa dari Firaun Mesir yang terkenal, Amenhotep III, di perkuburan kuil di Kota Luxor, Mesir selatan, menurut perkhidmatan arkeologi, Selasa (26 / 4).

Patung setinggi 13 meter tersebut ditemui terkubur dalam tujuh bahagian di kuil perkuburan Amenhotep III di Kom al-Hitan.

Patung itu merupakan salah satu daripada dua patung yang ditempatkan di pintu masuk utara kuil dan kemungkinan hancur ketika gempa melanda bandar pada tahun 27 SM.

"Pasukan arkeologi kini sibuk membersihkan, memulihkan serta mengumpulkan tujuh bahagian patung itu. Kepala patung itu juga sedang dicari," tulis pernyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut patung tersebut akan segera dijumpai. Amenhotep III, yang memerintah Mesir antara tahun 1390 hingga 1352 SM, merupakan ayah dari Akhenaten, sang "Firaun sesat" yang dianggap sebagai pendorong ajaran monoteisme kerana ia mempunyai aturan untuk penyembahan tunggal terhadap Dewa Aten.(situs)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template