Thursday, April 14, 2011

Pandangan mengenai Raja Petra, TV3 dan akuan bersumpah


Gambar Hiasan
Keadilandaily - Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta di dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. Akuan Bersumpah tersebut telah mendedahkan dakwaan seri us terhadap Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.
Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai.
Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan kandungan sepenuhnya. Wawancara televisyen tidak sedikit pun menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes ini.
Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau
telah dimaklumkan oleh “sumber yang boleh dipercayai” berkenaan perkara ini.

Apa yang lebih mustahak adalah tiada penjelasan yang memuaskan dari Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib atau pihak Kerajaan berkaitan dakwaan oleh akhbar Liberation yang berpengkalan di Perancis tentang kaitan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penjualan tiga buah kapal selam oleh syarikat Amaris dari Perancis kepada kerajaan Malaysia.
Pada ketika itu, Najib merupakan Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian tersebut. Persoalan ini adalah
sangat mustahak dalam konteks kepentingan awam. Juga tiada sebarang penjelasan yang jelas tentang mengapa syarikat
Perimekar dari Malaysia menerima bayaran €114 juta dari urusan pembelian kapal selam. Urusan pembelian tersebut kini di dalam
siasatan di Perancis kerana dipercayai melibatkan unsur rasuah.

Adalah mengecewakan manakala pihak Perancis giat meneruskan siasatan ke atas perkara ini, namun di Malaysia ianya kelihatan ‘disapu ke bawah permaidani’. Dakwaan dan isu yang menyelubunginya adalah sangat serius dan sewajarnya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk melakukan siasatan.
N. SURENDRAN
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat

1 comments:

penemuan luar biasa !!! on April 14, 2011 at 8:38 PM said...

hoh.. camtu rupenye.. semakin bnyk lak penemuan terbaru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template