Sunday, April 10, 2011

Mubarak masih dilindungi undang-undang. Demo besar di Mesir


HHRS 2.0 - Aksi demonstrasi terbesar pasca kejatuhan Hosni Mubarak di Tahrir Kaherah pada Jumaat malam menyebabkan pihak keselamatan Mesir  melepaskan tembakan ke udara, kata seorang saksi .

Ratusan ribu orang penunjuk perasaan hari itu mendesak penguasa tentera memenuhi tuntutan termasuk mengadili Mubarak.

Tetapi setelah larangan ke luar rumah yang dikuatkuasakan mulai pukul 02.00 sampai pukul 05.00 waktu setempat polis dan pasukan keselamatan mengepung taman itu, melepaskan tembakan ke udara dan dengan menggunakan gas serta menahan pendemo, kata seorang saksi mata kepada Reuters melalui telefon.

"Mereka datang mendekati kami dengan pasukan yang agresif, saya melihat orang berlaria ke segala arah," kata Mohamed Famy, 29 tahun.

Tentera mendapatkan sokongan luas sejak mengambilalih kuasa pada 11 Februari, tetapi semua aduan terhadap kekuasaannya meningkat terus. Perhatian sekarang terpusat pada tindakan-tindakan undang-undang yang terlambat terhadap Mubarak dan sekutunya.

Mubarak dan keluarganya tinggal di daerah pelancongan Laut Merah Sharm Esh-Sheikh. Tentera berkata presiden yang berusia 82 tahun itu, yang juga bekas pegawai tentera, dilarang meninggalkan negara itu.

"Para pelaku rasuah harus bertanggung jawab atas apa yang telah dilakukan mereka, kerana itu mengapa kami berada di sini," kata Fahmi.

Tentera bertindak keras membubarkan para demonstrasi dari Lapangan Tahrir, pusat demonstrasi yang telah menggulingkan Mubarak yang kini diambil alih oleh tentera dan dipimpin Marsekal Mohamed Hussein Tantawi. (antara)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template