Friday, April 8, 2011

Miyagi dilanda gempa 7.4 skala richter



HHRS 2.0 -  Miyagi kembali dilanda gempa berkekuatan 7.4 skala richter terakhir (7 / 4). Kerajaan telah mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan di pantai timur laut Jepun. Gempa itu terjadi di luar pantai Miyagi di kedalaman 40 km.

Badan meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami hingga satu meter bagi kawasan di pantai timur laut negara itu.

Gempa susulan itu tidak menyebabkan kerosakan lebih besar terhadap reaktor Fukushima Daiichi yang sudah lumpuh, kata pembekal Tokyo Electric Power Co (TEPCO). Operasi-operasi pendinginan kembali dilakukan setelah gempa terbaru itu.

Setelah gempa, bekalan elektrik diputuskan di seluruh wilayah Aomori, Iwate dan Akita serta beberapa bahagian dari wilayah Miyagi dan Yamagata. Di Wilayah Miyagi, jalan bebas ditutup kerana gempa bumi, sementara itu perkhidmatan kereta peluru di pusat shinkansen Tohoku dihentikan. Gempa itu merupakan salah satu gempa susulan terkuat selepas gempa bumi besar pada 11 Mac lalu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template