Wednesday, April 13, 2011

Misteri kematian Yuri Gagarin manusia pertama mengorbit angkasa lepas didedahkan


HHRS 2.0 - Setelah lebih dari 40 tahun diliputi misteri, hari Jumaat (8/4/2011) Kerajaan Rusia mendedahkan dokumen-dokumen arkib rahsia mengenai kematian manusia pertama yang mengelilingi orbit bumi, Yuri Gagarin. Gagarin terbunuh ketika pesawat jet yang dia kemudikan jatuh pada 27 November 1968 atau tujuh tahun selepas ia mencatat sejarah.

Arkib presiden yang ditandatangani Presiden Kesatuan Soviet pada masa itu, Leonid Brezhnev, dan diberi kod "mutlak rahsia" dibacakan pejabat teras arkib Istana Kremlin, Alexander Stepanov, dalam jumpa pers di Moscow.

Era Kesatuan Soviet menyimpulkan pada 28 November 1968-sehari selepas musibah menimpa Gagarin-bahawa penyebab tewasnya Gagarin adalah pesawat jetnya terlalu tajam bermanuver saat mengelakkan sebuah belon cuaca. Alasan lain-tetapi ini kurang diyakini-adalah menghindar masuk batas teratas lapisan awan.

Stepanov mendedahkan, pada saat itu muncul pelbagai spekulasi mengenai penyebab tewasnya Gagarin. Spekulasi itu termasuk tuduhan sabotaj atau konspirasi yang dipercayai dilakukan Brezhnev, yang merasa "tersaingi" atau kalah popular dengan angkasawan pertama ini.

"Semoga diungkapkannya arkib ini akan menghilangkan pelbagai spekulasi yang beredar di Rusia atau di dalam buku-buku 'sejarah semu' yang pernah terbit," kata Stepanov.

Setengah abad Gagarin

Pendedahan arkib rahsia Istana Kremlin itu dilakukan dalam rangka memperingati setengah abad kejayaan Gagarin melakukan penerbangan pesawat berawak manusia pertama mengelilingi orbit bumi selama 108 minit pada 12 April 1961.

Kejayaan Gagarin di ruangan angkasa itu juga dianggap sebagai simbol "kemenangan" Kesatuan Soviet ke atas Amerika Syarikat dalam "perlumbaan" di ruang angkasa pada masa Perang Dingin.

Menurut rekod-rekod tersebut, manuver yang dilakukan Gagarin atau kopilotnya, Vladimir Seryogin, menyebabkan pesawat jet itu dalam "keadaan genting sehingga pesawat (mengalami) stall pada saat keadaan meteorologi yang kompleks".

Dalam rangka peringatan 50 tahun kejayaan Gagarin pekan depan, Rusia juga melancarkan pesawat ruang angkasa Soyuz, Selasa lalu. Pesawat berawakkan dua orang Russia, angkasawan Alexander Samokutyaev dan Andrei Borisenko, serta seorang angkasawan AS, Ronald Garan.

Hari Khamis atau dua hari selepas melakukan perjalanan, kapsul TMA-21 yang diukir dengan gambar Gagarin itu berjaya melakukan docking (merapat) ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada saat stesen itu sedang mencapai orbit di atas Banjaran Andes, Chile.

Misi Russia di ISS itu juga menandakan sudah berakhirnya masa-masa Perang Dingin seperti yang berlaku pada masa lalu.

Pelancaran Soyuz juga dilakukan di Kosmodrom Baikonur di Kazakhstan, lokasi yang sama Gagarin terbang dalam misi ruang angkasa bersejarah pada 12 April 1961.

Misi kali ini memang menjadi bahagian utama perayaan peringatan kejayaan Gagarin, yang diprakarsai Presiden Rusia Dmitry Medvedev.

Hari Khamis lalu, bercakap dalam kaitan amaran yang sama, Perdana Menteri Vladimir Putin mendedahkan, Rusia akan meningkatkan usaha mereka untuk melakukan eksplorasi pada sistem matahari pada dekad mendatang.

Putin juga mengatakan akan meningkatkan aktiviti ruang angkasa mereka dari semula 40 peratus dari seluruh aktiviti ruangan angkasa yang dilakukan dunia menjadi 50 peratus dalam waktu dekat.

Projek ruang angkasa Soyuz dalam waktu dekat juga akan menjadi projek ruang angkasa satu-satunya yang melibatkan penghantaran manusia ke ISS.

Pesawat ulang-alik AS, Endeavour, dirancang mengangkasa akhir bulan ini dengan membawa sejumlah eksperimen fisika untuk stesen angkasa itu. Atlantis akan menutup program ulang-aliknya pada musim panas mendatang.

Menunggu sampai ada syarikat swasta mengendalikan pengangkutan dari dan ke stesen angkasa, NASA untuk sementara akan membayar agen ruang angkasa Rusia untuk melakukannya, melalui Soyuz.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template